MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata: "Undi itu lebih hebat berbanding peluru."
Pandangan ini dilihat signifikan dalam konteks tempatan ketika sehingga pertengahan tahun ini ramai dilihat tidak mahu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Di peringkat domestik, rakyat sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 tatkala tarikhnya kekal teka-teki.
Diskusi formal dan informal tentang PRU15 terus menjadi perhatian. Ia antara pokok perbincangan dan perbualan di mana-mana sahaja.
Sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, pilihan raya dan politik menjadi antara topik utama. Bila, bila, dan bila? Demam ini tidak dapat dielakkan.
Pokoknya, bahang PRU15 terus dirasai. Kita hanya menunggu tarikh.
Sesi perbincangan sama ada fizikal mahupun dalam talian juga semakin mengambil tempat.
Pelancaran jentera pilihan raya dan program jelajah makin aktif. Ada sahaja program parti setiap minggu.
Wakil rakyat semasa dan bakal calon rajin turun kawasan, termasuk mengadakan tinjauan lapangan.
Sementara kuasa menentukan tarikh pilihan raya genggam di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa sebahagian besar sedang menanti untuk menyambut kehadiran PRU15.
Satu perkembangan menggembirakan semangat untuk mengambil bahagian dalam PRU15 juga bertambah baik berbanding keadaan awal tahun ini.
Perkembangan sejak tiga bulan lalu memperlihatkan trend positif untuk amalan demokrasi.
Meskipun ramai yang kecewa untuk keluar mengundi sebagaimana disaksikan di tiga pilihan raya negeri lepas, sudah ada gelombang perubahan dalam minat rakyat dan pengundi untuk mengambil bahagian dalam PRU15, meskipun kadar itu kemungkinan tidak setinggi menjelang PRU14 pada tahun 2018.
Hari ini negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyambut Hari Demokrasi Antarabangsa, yang turut dikenali sebagai Hari Demokrasi Sedunia, iaitu pada setiap 15 September.
Di negara kita, sambutan hari yang signifikan daripada segi landskap pilihan raya ini, masih belum popular.
Diharap ia makin dikenali dalam tahun-tahun mendatang. Hari Demokrasi Antarabangsa adalah hari yang menekankan kepentingan penyertaan semua pihak untuk menikamati demokrasi dengan sempurna.
Menurut PBB, Hari Demokrasi Antarabangsa memberi peluang untuk mengkaji semula keadaan demokrasi di dunia.
PBB menegaskan bahawa demokrasi adalah satu proses sebagai matlamat dan hanya dengan penyertaan penuh dan sokongan oleh masyarakat antarabangsa, badan-badan pemerintah negara, masyarakat sivil dan individu, ideal demokrasi boleh dijadikan realiti untuk dinikmati oleh semua orang, di mana-mana.”
Dalam pada itu, Kesatuan Antara Parlimen (IPU) menghuraikan bahawa Hari Demokrasi Antarabangsa dibangunkan melalui resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2007 dan Hari Demokrasi Antarabangsa pertama telah disambut oleh 46 Parlimen negara pada 15 September 2008.
Salah satu objektif utama Hari Demokrasi Antarabangsa adalah menggalakkan kerajaan memperkukuh dan menyatukan demokrasi.
Demokrasi adalah penting untuk melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia dengan efektif.
Hari Demokrasi Antarabangsa memainkan peranan penting dalam menonjolkan peranan teras Parlimen dan untuk meraikan kapasiti dan mandat rakyat dalam menyampaikan keadilan, keamanan, pembangunan dan hak asasi manusia.
Mengikut definisi global, demokrasi dikategorikan menerusi tiga perspektif utama: demokrasi konsensus, berperlembagaan dan musyawarah.
Apakah peranan demokrasi di setiap negara yang mengamalkannya? Benarkah amalan demokrasi hanya setakat hari mengundi? Sepatutnya tidak!
Kita perlu melihat peranan pengundi secara lebih luas, bukan setakat keluar mengundi pada hari pengundian.
Demokrasi membawa pengertian yang lebih mendalam. Sebagaimana disebutkan oleh ramai pakar dan sarjana demokrasi, setiap rakyat sewajarnya mempunyai kawalan ke atas keputusan kerajaan tentang dasar secara Perlembagaan dan setiap orang dewasa mempunyai hak untuk mengundi dalam pemilihan ketua kerajaan atau negara, wakil rakyat dan sebagainya dan mandat untuk membentuk kerajaan.
Rakyat perlu dilibatkan secara aktif dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang.
Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan sumber maklumat alternatif, dan ia wajar dilindungi oleh undang-undang.
Rakyat juga mempunyai hak untuk membentuk persatuan atau pertubuhan dengan bebas, termasuklah parti politik bebas dan kumpulan-kumpulan berkepentingan.
Orang ramai mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menerbitkan pandangan yang berbeza.
Dalam lain perkataan kita perlu mewujudkan skop demokrasi yang lebih luas untuk rakyat. Bukan hanya setakat mengambil bahagian pada hari mengundi.
Kita perlu memberikan definisi baharu mengenai demokrasi jika benar-benar mahu menghayati prinsip demokrasi dan demokratik.
Alan Moore pernah mengatakan bahawa “rakyat tidak perlu takut dengan kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada rakyat mereka.”
Mengambil kira pandangan ini setiap pihak yang diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan memimpin rakyat perlu menjadikan pengundi sebagai rakan kongsi pemerintahan, bukan sebaliknya.
Pemerintah yang diberikan kuasa oleh rakyat harus memberikan kuasa dan tempat yang sewajarnya untuk rakyat sama-sama memperkasakan pentadbiran negara, bagi mempertahankan tadbir urus yang baik.
Tanggapan bahawa pengundi sudah tidak penting selepas pilihan raya wajar dikikis. Peranan pengundi tidak berakhir sebaik sahaja mereka mengundi.
Sebenarnya pengundi mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab yang lebih penting sepanjang tempoh mandat semasa berjalan.
Sesudah enam dekad merdeka dan pembentukan Hari Malaysia, yang disambut esok, dan menjelang PRU15, kita perlu mengambil pendirian baharu agar penyertaan aktif setiap individu perlu dipertingkatkan.
Diharap aspek ini akan menjadi komponen penting tawaran atau manifesto semasa PRU15.
Amalan dan pegangan demokrasi di Malaysia masih kukuh. Pun begitu ia perlu dimantap dan diperkasakan sesesuai dengan peredaran semasa.
Sejak Mei 2018, kita telah mempelajari banyak kekurangan dan kelemahan.
Salah satunya kita perlu menambah baik sistem pilihan raya demokrasi demi kepentingan semua pihak – rakyat jelata, bukan hanya daripada sudut parti politik dan ahli-ahli politik.
Semoga amalan demokrasi di Malaysia kekal segar dan terus diremajakan.
* Dr G Manimaran ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir.
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
G Manimaran
Thu Sep 15 2022
Hari ini negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyambut Hari Demokrasi Antarabangsa, yang turut dikenali sebagai Hari Demokrasi Sedunia, iaitu pada setiap 15 September. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.
[KOLUMNIS] Sektor pertahanan perlu teroka, sedut kepakaran teknologi swasta
Kecanggihan teknologi menyebabkan segala sistem dan prasarana negara dapat dilumpuhkan dengan serangan siber yang terancang.
[KOLUMNIS] Perang poster PRK Mahkota hambar, boleh ‘gigit’ pengundi
Kluang sunyi sepi daripada segi perang poster pilihan raya, kemeriahan pesta pilihan raya hilang dari radar.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
[KOLUMNIS] Komunikasi politik tersingkap: PRK Nenggiri mengenai ketulenan atau persembahan?
Fenomena manipulasi ketulenan ini tidak hanya terbatas kepada pentas politik Indonesia; ia juga dapat dilihat dalam dinamika politik semasa di negara kita.