SELAT Melaka dan Singapura dan Laut China Selatan telah berdekad lamanya menjadi laluan maritim terpenting dunia. Malaysia adalah salah sebuah negara penjaga untuk selat terpenting ini.
Selat Melaka dan Singapura dilewati 80,000 kapal setiap tahun, dijuluki gelaran selat kedua tersibuk di dunia setelah Selat Dover di Eropah.
Malaysia telah meluahkan rasa tidak senang bahawa AUKUS akan memperbolehkan Australia untuk membangunkan kapal selam berkuasa nuklear menerusi perjanjian keselamatan trilateral dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Wajarkah Malaysia bimbang akan perkembangan ini?
Regim Pelayaran
Selat Melaka adalah agak luas di kawasan utara menghadap Laut Andaman akan tetapi mengecil ke arah selatan apabila ianya bertemu dengan Selat Singapura.
Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (LOSC) membenarkan Malaysia dan Indonesia untuk menuntut wilayah laut sehingga 12 batu nautika di Selat Melaka.
Ini menyebabkan kawasan selatan selat tersebut terintegrasi sepenuhnya sebagai wilayah laut kedua-dua negara ini tanpa sebarang koridor zon ekonomi ekslusif (EEZ) ataupun laut lepas yang boleh ditempuh secara bebas oleh kapal-kapal asing yang melayarinya, sepertimana termaktub dalam Perkara 58(1) LOSC.
Keadaan yang sama terpakai untuk Selat Singapura yang secara keseluruhan terletak di dalam wilayah laut Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Oleh kerana kawasan selatan Selat Melaka dan keseluruhan Selat Singapura adalah sebahagian daripada wilayah kedaulatan Malaysia, Indonesia dan Singapura, kapal-kapal asing, termasuk kapal-kapal perang tidak memiliki hak kebebasan pelayaran untuk melayari wilayah laut milik ketiga-tiga negara ini.
Akan tetapi, LOSC membenarkan kapal-kapal asing untuk mengamalkan hak lintas damai (the right of innocent passage) apabila melayari wilayah laut milik negara lain.
Perkara 19(1) LOSC memperuntukkan bahawa kapal-kapal asing tidak perlu memohon kebenaran untuk melayari wilayah laut negara lain melainkan pelayaran tersebut boleh membawa bahaya kepada keamanan dan keselamatan negara pesisir tersebut.
Dalam keadaan ini, negara pesisir tersebut boleh secara sementara menggantung hak lintas damai ini ke atas kapal asing tersebut sepertimana disebut di dalam Perkara 25(3) LOSC.
Adakah ini bermaksud bahawa Malaysia berhak menggantung hak pelayaran lintas transit kapal-kapal tentera berkuasa nuklear yang melewati wilayah lautnya dalam Selat Melaka dan Singapura jika keselamatannya terancam?
Menurut peruntukan undang-undang antarabangsa, jawapannya adalah tidak.
Walaupun sebahagian kawasan maritim di Selat Melaka dan Singapura adalah dalam ruang lingkup kedaulatan Malaysia, bidang kuasa Malaysia sebagai negara pesisir untuk mengawal selia kapal-kapal yang melayari wilayah lautnya adalah tertakluk kepada regim lintas transit, bukannya lintas damai sepertimana diperuntukkan dalam Bahagian III LOSC.
Regim Lintas Transit
Apabila LOSC lahir pada tahun 1982, konvensyen ini memperincikan bahawa regim pelayaran istimewa hendaklah terpakai ke atas wilayah laut yang merupakan sebahagian daripada selat untuk pelayaran antarabangsa, termasuk Selat Melaka dan Singapura.
Memandangkan Selat Melaka dan Singapura adalah selat utama yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, kapal-kapal asing tertakluk kepada pemakaian lintas transit yang mana, menurut Perkara 44 LOSC – tidak boleh diganggu-gugat, digantung ataupun dihalang oleh negara pesisir selat.
Kuasa untuk menggantung pelayaran sepertimana termaktub dalam konsep lintas damai tidak terpakai dalam wilayah laut yang merupakan sebahagian dari selat untuk pelayaran antarabangsa yang mana lintas transit terpakai.
Dalam erti kata lain, sebagai negara anggota LOSC, Malaysia memiliki tugas untuk memastikan bahawa Selat Melaka dan Singapura adalah sentiasa terbuka untuk pelayaran antarabangsa dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Satu-satunya situasi yang mana Malaysia boleh bertindak ke atas kapal-kapal asing ini adalah sekiranya pelayaran kapal-kapal ini akan mengakibatkan atau boleh mengancam untuk mengakibatkan kerosakan besar-besaran kepada alam sekitar marin, seperti diperuntukkan Perkara 233.
Jika tidak, adalah menjadi kewajipan Malaysia untuk sentiasa memastikan wilayah lautnya dalam Selat Melaka dan Singapura terbuka untuk pelayaran.
Kesimpulan
Australia telah menegaskan bahawa program pembangunan kapal selam berkuasa nuklear ini tidak melanggar undang-undang antarabangsa.
Australia tidak sama sekali membangunkan senjata nuklear tapi sebaliknya ingin menghasilkan kapal selam bertenaga nuklear dengan teknologi yang dimiliki rakan-rakannya dalam AUKUS.
Oleh kerana Selat Melaka dan Singapura tertakluk kepada regim lintas transit, adalah wajar Malaysia meluahkan kebimbangan.
Undang-undang antarabangsa meletakkan kewajipan ke atas Malaysia untuk memastikan Selat Melaka dan Singapura ini terbuka untuk pelayaran antarabangsa, termasuk untuk kapal-kapal bertenaga nuklear termasuk kapal selam.
Adakah pelayaran ini boleh mengancam keselamatan negara? Bolehkah pelayaran ini menyebabkan pencemaran alam sekitar di Selat Melaka dan Singapura?
China dan India adalah dua negara Asia yang sudahpun memiliki kapal selam berkuasa nuklear.
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?
Sehingga soalan-soalan ini dijawab dengan seadil-adilnya, adalah tidak memeranjatkan jika Malaysia dan jiran-jirannya tidak tenang bagai tidur di atas miang dek AUKUS.
*Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Dr. Mohd Hazmi juga adalah felo bersekutu kanan di Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD), Universiti Utara Malaysia.
**Dr. Izyan Munirah Zaideen adalah pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu.
***Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen
Sun Oct 17 2021
Oleh kerana Selat Melaka dan Singapura tertakluk kepada regim lintas transit, adalah wajar Malaysia meluahkan kebimbangan berkait penubuhan pakatan AUKUS. - Foto REUTERS
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Pembangunan lapan kapal selam Australia tidak dilengkapkan senjata nuklear
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.
Isu AUKUS, kesihatan mental anggota polis antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama AUKUS dan isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis antara tumpuan hari ini.
AUKUS: Malaysia kekal dengan pendirian, minta semua pihak menghormatinya
Pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara yang dikenali AUKUS tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan Malaysia.
AUKUS mula terbentuk dengan program kapal selam nuklear Australia, kekal bebas senjata nuklear
Butiran terbaharu mengenai AUKUS muncul pada Isnin apabila Presiden AS Joe Biden, dan masing-masing Perdana Menteri UK dan Australia - Rishi Sunak dan Anthony Albanese - bertemu di California.
PM suarakan kebimbangan terhadap AUKUS pada sidang EAS
Malaysia sekali mengulangi pendiriannya yang bimbang terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada Rabu.
AUKUS: Keanggotaan Australia, UK dalam FPDA tidak pengaruhi pendirian Malaysia - Hishammuddin
Pendirian Malaysia jelas bahawa kehadiran AUKUS di Laut China Selatan boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat kestabilan di rantau ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AUKUS: Malaysia sedia kukuh kerjasama dengan Indonesia, negara serantau
Malaysia bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama lebih aktif dengan Indonesia dan negara-negara jiran serantau susulan penubuhan pakatan keselamatan strategik baharu AUKUS.
[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?
10 Menteri Pertahanan ASEAN bincang isu AUKUS bulan depan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, solidariti negara ASEAN mampu memastikan rantau ini berhadapan dengan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat.