KUALA LUMPUR: Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta rakan kerjasamanya pada Isnin berjaya menghimpunkan pakar perundangan dan industi bagi membincangkan batasan timbang tara antarabangsa khususnya terhadap negara berdaulat seperti dalam kes Sulu yang membabitkan Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata persidangan itu telah meneliti isu teras yang timbul daripada kes berprofil tinggi serta membabitkan tuntutan berbilion dolar itu yang menyaksikan Malaysia baru-baru ini berjaya memperoleh penghakiman penting daripada Mahkamah Rayuan Paris dan Mahkamah Rayuan The Hague.
Beliau berkata acara hari ini menampilkan beberapa siri perbincangan panel mengenai cabaran bidang kuasa dalam timbang tara pelaburan, kesan tuntutan pelaburan ke atas negara dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya dan peranan pembiayaan pihak ketiga untuk mendapat keadilan.
"Demi kepentingan Malaysia dan dasar yang sudah sekian lama menjadi pegangan negara iaitu menegakkan kesucian undang-undang antarabangsa serta timbang tara komersial antarabangsa. Kes Sulu telah dibincangkan semasa persidangan mengenai peranan pembiaya litigasi pihak ketiga dalam meneruskan tuntutan ke atas negara berdaulat," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu dan masa depan timbang tara antarabangsa yang melibatkan pelaburan asing dengan negara-negara berdaulat.
Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial telah berlangsung di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), London pada Ahad.
Turut menganjurkan kolokium itu ialah Kementerian Luar, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Pusat Resolusi Pertikaian dan Timbang Tara SOAS University of London (SADRC) serta Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial telah berlangsung di IDRC, London pada Ahad. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahkamah Madrid sahkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara kes Sulu
Pihak tuntutan kumpulan Sulu turut diperintahkan membayar kos kepada kerajaan Malaysia.

Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.