KUALA LUMPUR: Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan baru-baru ini adalah sebagai usaha memperkasa peranan wartawan dalam penyampaian berita dan maklumat, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Menyangkal dakwaan kononnya kod etika itu memberikan konotasi negatif kepada bidang kewartawanan, Teo menegaskan kod itu sudah wujud sejak 1989 dan pembaharuan serta penambahbaikan itu perlu dilakukan seiring peredaran semasa agar kekal relevan.
Beliau berkata kod etika itu juga dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).
"Kod etika ini sudah lama wujud dan untuk mengatakan ia memberi konotasi yang negatif, itu amat tidak tepat.
"Setiap wartawan memegang kad perakuan media JaPen diharap boleh mematuhi kod etika ini. Dengan adanya kod etika ini menjadi rujukan dan garis panduan kepada JaPen sekiranya berlaku salah laku dalam kalangan wartawan," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Teo hadir ke Bernama Radio hari ini untuk rakaman program sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Pada 20 Feb lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Teo menegaskan kod itu sudah wujud sejak 1989 dan pembaharuan serta penambahbaikan itu perlu dilakukan seiring peredaran semasa agar kekal relevan. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kod Etika Kewartawanan perkasa peranan wartawan, tidak beri konotasi negatif - Teo
Teo menegaskan kod itu sudah wujud sejak 1989 dan pembaharuan serta penambahbaikan itu perlu dilakukan seiring peredaran semasa agar kekal relevan.
![[KOLUMNIS] Krisis dan kewartawanan saling mewarnai [KOLUMNIS] Krisis dan kewartawanan saling mewarnai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622115002_genericwartawan.jpg)
[KOLUMNIS] Krisis dan kewartawanan saling mewarnai
"Dont' try to cause me trouble-. -I wont speak to reporters on the street-. Antara dua ungkapan seorang menteri veteran pusat kepada penulis semasa mendekatinya untuk mendapatkan bahan berita.