SHAH ALAM: Selangor akan menggunakan klinik-klinik kesihatan sedia ada di negeri itu sebagai tempat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 khusus kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik, kata Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
"Kita telah mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan mereka amat menyokong syor itu dan saya akan mendapatkan kebenaran tersebut secara rasmi," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini hari ini, bagi hari pertama pemberian vaksin COVID-19 Astrazeneca.
Selain itu, beliau berkata jabatan tersebut juga akan melaksanakan program imunisasi untuk pesakit terlantar melalui program outreach.
Mengenai program imunisasi menggunakan vaksin Astrazeneca itu, beliau berkata sebanyak 42,000 dos akan diberikan di IDCC dengan jangkaan pemberian sebanyak 3,000 dos sehari bermula hari ini hingga 6 Jun.
Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak mencuba nasib dengan 'walk-in' atau menunggu di mana-mana PPV untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengelakkan kesesakan di pusat tersebut.
"Kita telah ada senarai menunggu, jadi tidak perlu mereka untuk mencuba nasib datang ke PPV dan kita tidak pernah memberi vaksin ini kepada mereka yang walk-in," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
![Klinik kesihatan di Selangor akan dijadikan pusat pemberian vaksin Klinik kesihatan di Selangor akan dijadikan pusat pemberian vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621857851_Vaksinator.jpg)
JKNS juga akan melaksanakan program imunisasi untuk pesakit terlantar melalui program outreach. - Gambar fail/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiada wabak AGE dikesan di Penampang Tiada wabak AGE dikesan di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719589270_DrAsitsSanna.jpg)
Tiada wabak AGE dikesan di Penampang
Tiada wabak Gastroenteritis Akut (AGE) berlaku di Penampang walaupun terdapat kes penyakit itu dikesan di daerah tersebut, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna.
![Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695212793_bayigeneric.jpg)
Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah
Gabungan itu dalam masa sama turut meminta supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
![Cuaca panas: Orang ramai perlu ambil langkah pencegahan - Jabatan Kesihatan Cuaca panas: Orang ramai perlu ambil langkah pencegahan - Jabatan Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682316376_cuacapanas.jpg)
Cuaca panas: Orang ramai perlu ambil langkah pencegahan - Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan.
![Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655819952_TBtemperature.jpg)
Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kejadian kluster 'Influenza-Like-Illness' (ILI) yang melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak.
![Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651841733_TBRoseNani.jpg)
Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah
Orang awam diminta memberikan maklumat lengkap semasa membuat panggilan kecemasan agar pihak 'responder' di hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah.
![Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650469948_TBhospital.jpg)
Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik
Pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.
![Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626187656_PengarahJabatanKe.jpg)
Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS
Hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.
![Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647083709_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
![Dr Ooi Choo Huck terima lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu Dr Ooi Choo Huck terima lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647096684_JabatanKesihatanNe.jpg)
Dr Ooi Choo Huck terima lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu
Beliau menjawat jawatan itu pada 1 Mac yang lalu serta menggantikan pengarah terdahulu iaitu Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.
![Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636562686_DrSitiMariahMahmu.jpg)
Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah
Perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mendapatkan laporan lengkap dalam tempoh terdekat.