KUALA LUMPUR : Gabungan badan masyarakat sivil, CSO Platform For Reform menggesa agar siasatan berkaitan kes bayi dirampas daripada ibu tanpa warganegara di hospital kerajaan negeri Sabah dilakukan secara telus dan berakauntabiliti.
CSO dalam pada itu turut menuntut supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Ujarnya, JKNS dipertanggungjawabkan dalam memastikan kanak-kanak diberi perlindungan dan memenuhi hak asasi setiap kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka.
Oleh itu, isu ini sememangnya bercanggah dengan prinsip-prinsip dan kewajiban yang terkandung dalam Perkara 3 dan 36 Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang mana menekankan kepentingan utama golongan itu serta hak mereka untuk dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
"JKNS dipertanggungjawabkan dalam memastikan kanak-kanak diberikan perlindungan dan memenuhi hak asasi setiap kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka.
"Oleh itu, kes-kes yang dilaporkan mengenai ibu-ibu tanpa kewarganegaraan yang kehilangan bayi mereka di hospital kerajaan Sabah bercanggah dengan prinsip-prinsip dan kewajiban yang terkandung di dalam konvensyen berkenaan.
"Kami menggesa JKNS untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh ke atas kes-kes ini dan mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan sebarang pelanggaran terhadap hak kanak-kanak yang
terdedah ini dan keluarga mereka," kata CSO dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, pendedahan tentang kes yang mana seorang kanak-kanak lelaki tanpa warganegara yang menghidap HIV telah meninggal dunia selepas dinafikan rawatan selama bertahun-tahun di hospital di Sabah adalah petunjuk perlunya tindakan segera untuk menangani masalah golongan tanpa warganegara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tegas CSO, insiden ini menggambarkan betapa perlunya tindakan segera agar akses penjagaan kesihatan saksama dapat disediakan dan segala bentuk diskriminasi terhadap golongan tanpa status warganegara dapat dihapuskan.
Nickyson Nyambar
Wed Sep 20 2023
![Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695212793_bayigeneric.jpg)
CSO dalam kenyataan berkata isu melibatkan bayi dirampas di Sabah memberi cerminan bahawa perlunya tindakan segera dalam meneliti akses kepada kesihatan awam termasuk melibatkan isu diskriminasi di negara ini. - Gambar fail
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695212793_bayigeneric.jpg)
Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah
Gabungan itu dalam masa sama turut meminta supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
![Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572748659_TanSriDrJemilah.jpg)
Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah
Satu sistem perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi serta meletakkan satu tanda aras dalam menambah baik CSO.
![Pertubuhan masyarakat sivil diminta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza Pertubuhan masyarakat sivil diminta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562601510_MenteriLuarDatukS.jpg)
Pertubuhan masyarakat sivil diminta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza
CSO boleh memberikan input kepada kerajaan mengenai cara terbaik untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka di lapangan yang membantu rakyat Palestin.
![Singapura boleh sekat sementara komunikasi jika hadapi situasi serius Singapura boleh sekat sementara komunikasi jika hadapi situasi serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71495959017_smartphonephonep.jpg)
Singapura boleh sekat sementara komunikasi jika hadapi situasi serius
Parlimen Singapura pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang Ketenteraman Awam dan Keselamatan (Kuasa-kuasa Khas) 2018 atau Rang Undang-Undang POSSP pada bacaan kali kedua.