SEPANG: Pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersedia pada tahap tertinggi untuk menerima kedatangan serta mengendalikan pesawat dan pengembara sempena pembukaan semula sempadan negara, esok.
Tinjauan Bernama di terminal utama KLIA dan KLIA2 hari ini mendapati petugas di lapangan terbang itu sedang membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan keselamatan.
Premis-premis perniagaan seperti restoran, restoran makanan segera, kedai serbaneka, kedai cenderahati dan kedai coklat juga kelihatan beroperasi pada kapasiti penuh.
Kedengaran peringatan pematuhan SOP dan amaran mengenai 'ulat teksi' dilakukan melalui sistem pembesar suara secara berkala.
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd Nik Anis Nik Zakaria berkata jumlah penerbangan yang tiba dan berlepas dari KLIA akan dimaklumkan secara rasmi esok.
"Ketika ini kami sedang menyusun atur dan mendapatkan maklumat daripada semua syarikat penerbangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
AirAsia, antara syarikat penerbangan utama di KLIA2, memaklumkan terdapat 12 penerbangan antarabangsa yang dikendalikannya esok iaitu dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India.
Penerbangan antarabangsa AirAsia pertama yang akan mendarat di KLIA2 esok ialah AK52 dari Bengaluru, India pada kira-kira 6.20 pagi.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
Penolong penyelia Fidani Factory Azwana Mohamad berkata kedai menjual coklat di klia2 juga telah menambah bilangan pekerja untuk menampung jangkaan pertambahan pengunjung.
"Sebelum ini kedai tutup bermula 18 Mac 2020 dan kami hanya mula beroperasi pada awal 2021. Memang jualan menurun dan kami terpaksa buat jualan coklat secara dalam talian bagi menampung kos. Selepas ini (1 April) diharap hasil meningkat seperti waktu sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Kios Doctor2u yang terletak di balai pelepasan klia2, pula menawarkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 mengikut keperluan termasuk ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) dan RTK-Ag (ujian pantas antigen).
Kakitangan Doctor2u Boris Wong Jung Zhang berkata ketika ini, pihaknya secara purata menerima antara 20 dan 30 pengembara yang ingin mendapatkan khidmat dan jumlah itu dijangka meningkat mulai esok.
"Kami akan pantau kedatangan pengembara yang mahu servis ujian saringan COVID-19 di kios selama dua hari bermula esok dan akan meningkatkan kapasiti staf mengikut keperluan," katanya.
Pemandu limousin Airport Limo (M) Sdn Bhd di KLIA yang dikenali sebagai Abdul Razak menasihatkan pengembara untuk menggunakan khidmat perjalanan yang sah dengan membeli di kaunter disediakan di tingkat tiga balai ketibaan.
"Ini bagi mengelakkan daripada ditipu oleh ulat teksi yang dijangka mula ambil kesempatan apabila ramai pelancong masuk," katanya yang telah 20 tahun berkhidmat sebagai pemandu limousin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Petugas di lapangan terbang mula membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan, pematuhan SOP dan kawalan keselamatan. - Bernama
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.