RAWANG: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program Kembara Connectivity bagi memantau secara rapi perkembangan capaian internet di kawasan terpencil dan luar bandar seluruh negara.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia adalah satu inisiatif bagi menjayakan konsep internet sebagai hak asasi serta memastikan matlamat semua kawasan di negara ini mendapat jaringan liputan 4G tercapai menjelang akhir tahun hadapan.
"Menerusi program ini kita akan dapat melihat secara terus keadaan liputan internet di sesebuah kawasan dilawati memandangkan kita sering menerima pelbagai aduan (berkaitan capaian internet) justeru, ini adalah cara terbaik bagi melihatnya dari pelbagai penjuru.
"Untuk permulaan program pada hari ini dan esok, kembara kita akan meliputi tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Pahang," katanya kepada Bernama.
Annuar ditemui selepas melakukan lawatan ke Pejabat Pos Rawang, di sini, hari ini bersempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2021.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra serta menyampaikan cenderamata kepada petugas pejabat pos bersempena Hari Pos Sedunia 2021 yang disambut pada 9 Okt setiap tahun.
Kembara selama dua hari ini secara khusus akan meliputi lawatan ke penempatan Orang Asli di kawasan Cameron Highlands selain ke Tanah Rata, Sungai Koyan, Kuala Lipis, Raub dan beberapa lokasi lain.
"KKMM akan meneruskan program kembara ini ke Sarawak pada minggu hadapan sebelum diteruskan ke kawasan-kawasan di negeri lain," katanya.
Terdahulu, Annuar Musa meluangkan masa kira-kira dua jam mendengar taklimat pengurusan tertinggi Telekom Malaysia Berhad berkaitan capaian internet serta penggunaan rangkaian fiber optik di Pusat Operasi Rangkaian TM di Cyberjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
![KKMM lancar 'Kembara Connectivity', pantau capaian internet seluruh negara KKMM lancar 'Kembara Connectivity', pantau capaian internet seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633771561_AnnuarMusa.jpg)
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa membuat lawatan ke Pejabat Pos Rawang sempena Hari Pos Sedunia hari ini. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647494906_TBANNUARMUSA.jpg)
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
![Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647424774_AnnuarMusa.jpg)
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
![Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638967180_TBZahidiZainulAbidi.jpg)
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
![KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646468325_AhliParlimenKetere.jpg)
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
!['RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia 'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646256656_kudakepang.jpg)
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
![KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645720121_AnnuarMusa.jpg)
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
![PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645721707_TBANNUAR.jpg)
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
![Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635095662_AnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
![KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643807149_TBANNUARMUSA.jpg)
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
![Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643636577_AnnuarMusa.jpg)
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.