KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggunakan teknologi satelit sebagai penambahbaikan sistem komunikasi ketika berdepan situasi bencana, kata Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau berkata penambahbaikan itu bagi mengelakkan berlaku gangguan rangkaian telekomunikasi ketika bencana, seperti keadaan dialami ketika banjir besar yang melanda negara pada akhir Disember lepas.
Katanya, penggunaan teknologi satelit termasuk satelit rangkaian 5G turut dapat membantu dalam pengurusan situasi bencana alam seperti menghantar amaran awal bencana kepada orang awam.
"Kita lihat apabila berlaku banjir, 'line' (capaian) menara telekomunikasi terjejas kerana elektrik tiada...'call' (panggilan) tak dapat.
"Solusinya, kita mahu adakan satelit... kalau boleh kerajaan bincang dengan negara yang ada (teknologi) satelit termasuk satelit 5G. Ini adalah perancangan KKMM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.
Katanya, kos penggunaan teknologi satelit lebih rendah selain tempoh untuk melaksanakannya singkat iaitu hanya lapan bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Terdapat gangguan rangkaian telekomunikasi ketika bencana banjir besar yang melanda negara pada akhir Disember lepas. - Gambar hiasan
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pindaan akta Mahkamah Syariah perlu sepakat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.