SEPANG: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan Program Bantu Sampai Selesai bermula Rabu ini bagi membersihkan kediaman mangsa banjir sekitar Lembah Klang selama lima hari berturut-turut.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata program itu akan dimulakan dengan menyasarkan 500 rumah di tiga lokasi yang terjejas teruk akibat banjir khususnya Taman Seri Muda di Shah Alam, Bukit Changgang di Kuala Langat dan Taman Sri Nanding di Hulu Langat.
Beliau berkata lebih 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai kementerian dan agensi KKMM, artis, selebriti tanah air, persatuan industri kreatif serta media akan digerak bagi program itu.
"Apabila saya turun ke padang, saya mendapati keluarga (yang terjejas banjir) trauma kerana hendak bersihkan rumah. Sukarelawan datang dan balik selepas dua tiga jam, dan kerja tidak selesai.
"Oleh itu, setiap keluarga yang tertekan atau menghadapi masalah lambat membersihkan rumah, boleh membuat permohonan kepada jawatankuasa yang akan diumumkan esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Tadom Hill di sini hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Annuar berkata program itu akan memberikan bantuan dari segi tenaga, material dan kewangan kepada mangsa selain menyediakan kumpulan memasak sepanjang lima hari ia berlangsung.
Katanya sehubungan itu, beliau memberikan cuti tanpa rekod kepada pegawai kementerian dan agensi KKMM yang menjadi sukarelawan program tersebut.
Beliau juga meminta mana-mana pihak termasuk belia yang ingin menjadi sukarelawan bagi program itu agar mendaftar melalui hotline Rumah Prihatin Wilayah Persekutuan mulai esok.
Annuar juga berkata sebanyak 305 daripada 367 struktur komunikasi yang terjejas akibat banjir di Selangor telah dipulihkan oleh penyedia perkhidmatan di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Beliau memberi jaminan baki struktur yang lain akan kembali beroperasi dalam masa terdekat.
Katanya terdapat 68 struktur komunikasi yang terjejas di sekitar kawasan Sepang dan 56 daripadanya telah dipulihkan setakat ini.
Terdahulu, Annuar bersama dengan sukarelawan Rumah Prihatin mengedarkan selimut, air minuman dan kotak makanan bagi membantu 240 keluarga iaitu penduduk di sekitar Tadom Hill yang terjejas akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Annuar bersama sukarelawan Rumah Prihatin mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada masyarakat Orang Asli Suku Temuan dari Kampung Orang Asli Tadom, Paya Rumput dan Mutus Tua di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.