PUTRAJAYA: Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) hari ini menyerahkan empat kelompok pertama vaksin Sinovac yang menjalani proses fill and finish di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyifatkannya sebagai detik bersejarah memberitahu, empat kelompok pertama itu dihasilkan sepanjang 1 hingga 5 Mac lalu.
"Kelompok ini dihasilkan untuk proses validasi dan unit Good Manufacturing Practice (GMP) dari Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).
"Setakat 11 Mei 2021, 1.28 juta vial telah dihasilkan untuk digunakan bulan ini.
"Setiap kali kelompok baharu dihasilkan, ianya akan mengambil masa 23 hari untuk melalui semua ujian makmal sehingga boleh mendapat kelulusan sebelum dipasarkan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Sinovac oleh Pharmaniaga di sini, pada Selasa.
Sebagai simbolik, 290,480 vial vaksin Sinovac diserahkan kepada KKM pada majlis itu.
Mengulas lanjut, Adham memberitahu, vaksin Sinovac itu juga akan digunakan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Beliau menjelaskan, PLS akan mengeluarkan 2 juta dos vaksin Sinovac menerusi proses fill and finish pada setiap bulan.
"Ini satu dapatan yang sangat baik untuk negara kita," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Adham menjelaskan vaksin Sinovac yang selesai dihasilkan itu menjalani 17 ujian kawalan kualiti.
"Kami mempunyai beberapa kumpulan teknikal yang bekerja serentak demi memastikan proses kelulusan berjalan lancar.
"Ada juga ujian kawalan kualiti yang dijalankan oleh pihak ketiga seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), dimana proses ini mengambil masa antara 15 hingga 18 hari," ujarnya lagi.
Umavathi Ramayah
Tue May 11 2021

Dr Adham Baba yang menyifatkannya sebagai detik bersejarah memberitahu, empat kelompok pertama itu dihasilkan sepanjang 1 hingga 5 Mac lalu. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KKM terima 4 kelompok pertama vaksin Sinovac jalani proses 'fill and finish' di Malaysia
Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) hari ini menyerahkan empat kelompok pertama vaksin Sinovac yang menjalani proses 'fill and finish' di Malaysia.