KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasar untuk melaksanakan transformasi kesihatan digital di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan yang terlibat.
"Kementerian sedang mengambil perspektif baharu dalam melaksanakan transformasi tersebut antaranya mewujudkan Bahagian Kesihatan Digital yang akan bertanggungjawab merangka pelan pendigitalan kesihatan secara holistik, bersedia untuk masa depan dan bukti masa depan
"Pendekatan yang akan diambil berteraskan strategi 'Reform, Relook, Recalibrate dan Realize', merangkumi aktiviti konsolidasi unit-unit digital di KKM, melihat kembali semua sistem digital di KKM, menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini dan mengimplementasi serta memantau pelaksanaan yang telah dirancang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu perkembangan transformasi kesihatan digital yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Dr Dzulkefly berkata kerajaan juga akan melaksanakan kajian pemetaan keseluruhan seni bina kesihatan digital negara serta menambah baik strategi sedia ada bagi memastikan pelaksanaan yang lebih pantas dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih komprehensif dan berkualiti kepada rakyat.
Pada masa yang sama, beliau berkata transformasi kesihatan digital antara fasiliti kerajaan dan swasta juga merupakan tumpuan KKM dalam meningkatkan aksesibiliti, keselamatan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Pelaksanaan inisiatif ini mustahak untuk dicapai kerana ia dapat memastikan kejituan penjagaan pesakit yang mempunyai beberapa ciri seperti bersifat kos yang rendah, selain turut membolehkan KKM membuat analisis data besar berkenaan kesihatan digital," katanya.
Menjawab soalan tambahan Adnan mengenai kesediaan KKM dalam menggunakan sistem EMR itu, Dr Dzulkefly yakin kementerian mempunyai keupayaan dan kepakaran berkenaan kerana aspek pendigitalan kesihatan sudah diperkenalkan dalam skala kecil di beberapa hospital dan klinik kesihatan, sebelum ini.
"Pada masa ini hanya 20 peratus hospital yang menggunakan EMR, manakala untuk klinik kesihatan ia merangkumi 236 buah daripada keseluruhan 3,876 klinik, jadi kita mahu menganalisis, menempatkan semula dan akses semula penggunaannya supaya dapat laksanakan EMR pada tahun kelima pentabdiran kerajaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Dr Dzulkefly (berdiri) berkata pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan yang terlibat. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Jurang antara generasi perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak
"Generation gap" perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak untuk memastikan institusi yang kekal utuh, tegas Dr. Wan Azizah tentang hubungan keluarga. Beliau menegaskan bahawa anak-anak perlu dilindungi dari sebarang bentuk penderaan, pengabaian atau penganiayaan.
#AWANInews
#AWANInews
Anak-anak teras kekuatan saya ketika PMX dipenjara - Wan Azizah
Dr. Wan Azizah berkongsi tentang teras kekuatan beliau ketika diuji adalah anak-anak. Beliau menambah bahawa, ketika suaminya dipenjara, beliau mempersoalkan diri sendiri "apakah saya berupaya?". Namun, anak-anaklah yang memberi kekuatan untuk beliau demi masa depan mereka. Beliau menegaskan betapa pentingnya didikan dan perhatian ibubapa terhadap anak-anak.
#AWANInews
#AWANInews
"Jangan takut untuk bermimpi besar, dunia ini adalah milik anda" - Nancy
Menteri KPWKM, Nancy Shukri menyatakan kepentingan komuniti dalam menjaga keselamatan kanak-kanak dan menjadi mata dan telinga dengan segera membantu melaporkan kes yang melibatkan mereka kepada pihak berkuasa. Beliau juga menyeru sektor swasta untuk terus menyokong melalui program 'CSR' untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
#AWANInews
"Anak-anak yang hadir, hari ini adalah hari anda" - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri memberikan ucapan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2024. Tema "Dengarlah Suara Kami" adalah selari dengan tema diperingkat antarabangsa iaitu "Listen to the future". Beliau juga memberi penekanan bahawa pandangan dan harapan kanak-kanak wajar diambil kira dalam perancangan dasar, pendidikan dan pembangunan negara.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya
Jam Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold jam dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa kedai berkenaan sedang dibuka.
myBarber tampil merevolusikan perkhidmatan penjagaan rambut, lebih fleksibiliti kepada pelanggan
Dengan hanya beberapa klik, pelanggan boleh menempah temu janji untuk potongan rambut atau perkhidmatan grooming lain.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
RM1 untuk program intervensi penggunaan garam beri pulangan RM60 - Dzulkefly
Setiap RM1 dibelanjakan kerajaan untuk program pengurangan garam memberi pulangan pelaburan (ROI) sebanyak RM60.06 dalam tempoh 15 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.