Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan tiada jangkitan wabak selesema burung (H5N1) daripada ayam kepada manusia dilaporkan setakat ini di Kelantan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada laporan jangkitan H5N1 itu kepada manusia dan hanya melibatkan ayam kampung para penternak kecil-kecilan sahaja.
"Walau bagaimanapun, pemantauan khususnya terhadap industri para penternak ayam dan mengambil langkah pengawasan ketat, dengan mengambil ujian darah terhadap semua pesakit yang dijangkiti selesema, namun sehingga kini tiada sebarang tanda virus berkenaan menjangkiti manusia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ikon Gigi Pulau Pinang 2017 di sini hari ini.
Beliau turut mengesahkan wabak H5N1 ini hanya berlaku di Kelantan sahaja dan tidak merebak ke negeri lain, terutamanya di Terengganu.
Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri selepas beberapa ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.
Sementara itu, Dr Hilmi berkata program Ikon Gigi (iGG) ini akan diperluaskan kepada lebih banyak negeri supaya orang ramai akan lebih sedar tentang kesihatan pergigian.
Katanya, sejak dilancarkan pada tahun lepas, program ini telah berjaya memilih lebih 200 Ikon Gigi di tujuh negeri iaitu Melaka, Terengganu, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Beliau berkata laporan tinjauan kesihatan pergigian kebangsaan orang dewasa pada 2010 menunjukkan bahawa di Pulau Pinang sahaja, hanya seorang daripada lima
orang dewasa yang mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam tempoh dua tahun.
"Program ini akan menjadikan iGG sebagai perantara dalam mempromosi aktiviti pergigian kepada masyarakat selain memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang penting kesihatan gigi," katanya.
Tambahnya, pemilihan iGG yang juga sukarelawan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria yang sudah dikenal pasti oleh fasilitator yang dilantik kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
![KKM sah tiada jangkitan H5N1 kepada manusia di Kelantan KKM sah tiada jangkitan H5N1 kepada manusia di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449384883_HilmiYahaya.jpg)
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada laporan jangkitan H5N1 itu kepada manusia dan hanya melibatkan ayam kampung para penternak kecil-kecilan sahaja.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526656586_HilmiYahya.jpg)
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
![Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525261359_MashedUp.jpg)
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
![PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81525020318_TambakPinang.jpg)
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
![Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523657223_DRHILMIYAHYA.jpg)
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
![Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513827533_Depression.jpg)
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
![KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466957789_Vaccine.jpg)
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
![GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521542019_Depression.jpg)
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
![Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520680533_Injection.jpg)
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
![Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
![Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030 Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476269690_wargaemas.jpg)
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.