KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM23,956,851 menerusi serbuan di 1,332 premis sepanjang 2021 hingga 31 Jan tahun ini.
Menurut jawapan bertulis Dewan Rakyat hari ini, KKM memaklumkan serbuan berterusan ke atas premis-premis atau penjual tersebut berdasarkan pemantauan dalaman dan pengesahan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam.
"Syarikat atau individu yang didapati memiliki atau menjual produk kesihatan tidak berdaftar akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952," menurut KKM menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang mahu kementerian itu menyatakan pemantauan penjualan ubat-ubatan dalam talian memandangkan masih banyak produk berbahaya dan tidak berdaftar diiklankan secara berleluasa.
KKM memberitahu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melibatkan pengiklanan dan penjualan ubat tidak berdaftar secara dalam talian.
Sejak 2020, pihak syarikat pengendali platform telah diarahkan untuk menyekat sebarang produk ubat-ubatan tidak berdaftar dan sebanyak 8,145 iklan produk tidak berdaftar telah diarahkan untuk diturunkan di platform e-dagang dalam negara sepanjang 2021.
"Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga terlibat dalam operasi dan aktiviti antarabangsa yang memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya seperti Operasi Pangea, Projek Energia dan penyediaan Toolkit to Combat Illegal Internet Medical Product Sales.
"Begitu juga kerjasama dengan pihak Interpol (Polis Antarabangsa) dan agensi penguatkuasaan lain dalam dan luar negara juga diadakan secara berkala bagi memastikan ubat-ubatan yang dijual secara dalam talian tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia," menurut KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
KKM memaklumkan serbuan berterusan ke atas premis-premis atau penjual tersebut berdasarkan pemantauan dalaman dan pengesahan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam. - Gambar hiasan/ AFP Relax
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
KKM rangka super apps, tawar perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans
'Super apps' atau aplikasi mudah alih super akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap - KKM
Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap.
Perigi terapi ion tular: Dakwaan berkaitan aspek kesihatan perlu disokong bukti - KKM
KKM masih menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan perigi terapi ion di Ulu Sepri, Negeri Sembilan yang dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.