SHAH ALAM: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih berhati-hati dalam memberi maklumat mengenai COVID-19 agar tidak menimbulkan keresahan orang ramai, sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia.
Beliau berkata, penting untuk mengelak daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terutama kepada sektor pelancongan.
"Tidak dinafikan COVID-19 merupakan isu kesihatan awam yang penting dan tidak boleh ‘disorok bawah karpet’, namun kita juga tidak seharusnya bertindak secara berlebih-lebihan hingga menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.
"Saya membuat rayuan ini berdasarkan kepada kebimbangan serta aduan yang dinyatakan oleh kedua-dua industri pelancongan dan orang ramai.
"Kita perlu mengambil pendekatan realistik dengan mengambil kira perbezaan situasi semasa dengan situasi yang pernah berlaku sebelum ini ketika wabak mula menular," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang akhbar memaklumkan, kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.
Dalam pada itu, King Sing turut meminta Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mempertimbangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia dengan membandingkan pendekatannya dengan tindakan menteri kesihatan Indonesia dalam menangani situasi itu.
Menurut beliau, Dr Dzulkefly tidak perlu bertindak keterlaluan dan mengelirukan orang ramai bahawa wabak di Malaysia amat serius.
"Saya akan membangkitkan kebimbangan ini dalam Mesyuarat Kabinet untuk mencari penyelesaian seimbang bagi memastikan keadaan wabak terkawal tanpa menjejaskan sektor pelancongan negara.
"Saya perlu mengingatkan bahawa setiap langah pencegahan dan kawalan Covid-19 mesti dibincangkan secara menyeluruh mengenai kesan, penyelidikan dan kajian sewajarnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 24 2023
Datuk Seri Tiong King Sing mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih berhati-hati dalam memberi maklumat mengenai COVID-19 agar tidak menimbulkan keresahan orang ramai, sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani telah mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan (BCP) secara berperingkat.
Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM
Menu ais krim terbaharu keluaran Inside Scoop yang berperisa ubat batuk Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) dihentikan dengan segera selepas dijual secara rasmi pada 29 Julai yang lalu.
Henti jual ais krim dicampur ubat batuk - KKM
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM
Bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.
Tawaran pelantikan kontrak kepada pegawai perubatan berakhir 31 Julai - KKM
KKM memaklumkan baki calon yang memenuhi syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan akan dijadikan sebagai calon simpanan.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.