JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang diteliti, dengan KKM sedang memantau situasi semasa penularan COVID-19.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis 'Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain Industri dan IKS Skudai', di sini hari ini beliau berkata sekiranya sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan kepada SOP dikekalkan.
Katanya sebelum ini Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun membuat cadangan supaya kerajaan dapat menimbangkan pembukaan sempadan segera memandangkan kadar vaksinasi negara mencatatkan prestasi yang cemerlang.
"Mengikut laporan Nikkei Recovery Index, program pemulihan negara berjalan dengan baik serta lancar, dan Malaysia antara negara yang terbaik didunia dalam perkara ini. Maka kita merasakan sudah sampai masanya dengan SOP yang baharu dan diperketatkan, kerajaan boleh menimbangkan perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022

Mohamed Azmin berkata sekiranya sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan kepada SOP dikekalkan. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Buka sempadan: Tambak Johor meriah, ahli keluarga sambut kepulangan rakyat Malaysia
Tepat jam 12 tengah malam tadi, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.

Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan sempadan negara dibuka sepenuhnya bermula 1 April ini.

KKM kemuka cadangan SOP pembukaan sempadan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

Buka sempadan negara bulan depan? Kabinet akan putuskan - Hishammuddin
Keputusan sama ada sempadan negara wajar dibuka atau tidak bulan depan perlu dimuktamadkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet.

Imigresen sudah bersedia jika pintu sempadan dibuka semula
Jabatan Imigresen (JIM) sudah bersedia dari segi sistem, stok buku pasport dan tenaga kerja untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.