KUALA LUMPUR: Lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, kerajaan akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan.
Langkah tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Parlimen pada Selasa, selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemik pada bulan depan.
"Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19; kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain; ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - Perdana Menteri
Beliau berkata, paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua.
Katanya, dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
"Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.
"Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera," katanya.
Katanya, bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.
Dengan pembukaan sempadan, katanya pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas, serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Bagi pengembara yang belum menerima vaksin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dijadualkan memperincikan prosedurnya pada Rabu.
Nailah Huda
Tue Mar 08 2022
Sempadan negara dibuka sepenuhnya bermula 1 April ini. - Gambar fail
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Buka sempadan: Tambak Johor meriah, ahli keluarga sambut kepulangan rakyat Malaysia
Tepat jam 12 tengah malam tadi, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.
Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan sempadan negara dibuka sepenuhnya bermula 1 April ini.
KKM kemuka cadangan SOP pembukaan sempadan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.
Buka sempadan negara bulan depan? Kabinet akan putuskan - Hishammuddin
Keputusan sama ada sempadan negara wajar dibuka atau tidak bulan depan perlu dimuktamadkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet.
Imigresen sudah bersedia jika pintu sempadan dibuka semula
Jabatan Imigresen (JIM) sudah bersedia dari segi sistem, stok buku pasport dan tenaga kerja untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.