PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 5,199 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok.
Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan mengenai Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan dan Perundangan di Bawah Undang-undang Kesihatan Awam bagi Julai tahun ini, sebanyak 9,837 notis kesalahan juga telah dikeluarkan melibatkan 21,429 premis.
Katanya penguatkuasaan itu dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004),
Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 2,644 tawaran kompaun bernilai lebih RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.
"Sejumlah 249 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 36 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM171,000," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 6,832 premis makanan telah diperiksa dengan 226 atau 3.31 peratus premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 5,199 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok. - Gambar hiasan
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
Kementerian Kesihatan mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi .
Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan
Melalui aplikasi itu, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang menyenarai pendek hospital yang bakal terlibat dalam kerjasama awam-swasta bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman
Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menunjukkan perkembangan positif.
KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,643 kes kemalangan di tempat kerja dalam kalangan warga kerjanya pada tahun lepas.