PUTRAJAYA: Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 terutama pesakit kategori empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat peruntukan baharu untuk rawatan menggunakan Baricitinib yang dilihat berkesan digunakan bersama Dexamethasone.
Dr Noor Hisham berkata penggunaan ubat Baricitinib yang mempunyai kesan lebih baik diharap memberi harapan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kepada pesakit COVID-19 sekali gus mengurangkan kadar kematian.
"Kami harap dengan keberkesanan yang tinggi dan rawatan lebih baik pesakit boleh pulih daripada kategori lima ke empat dan seterusnya," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Kes kategori tiga ialah pesakit mempunyai radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen, kategori empat mempunyai radang paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima memerlukan bantuan pernafasan.
BACA: COVID-19: Kes harian melonjak 15,573 kes, Selangor catat kes lebih 7,000 kes
Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ketika ini terdapat seramai 826 pesakit kategori lima berada di hospital di Lembah Klang untuk tempoh 21 hari, manakala bagi kategori empat, sebanyak 3,473 orang kini menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata sebanyak RM38 juta akan dibelanjakan untuk pembelian ubat-ubatan khususnya Baricitinib dan pihaknya tidak akan melengahkan pemberian perolehan darurat untuk menguruskan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Ketua Pasukan Bertindak Khas 'Greater Klang Valley' Datuk Dr Chong Chee Keong berkata KKM setuju untuk membina loji oksigen mikro dan 1,000 tangki oksigen pelbagai saiz di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bagi meningkatkan kapasiti sekiranya timbul keperluan.
Beliau berkata antara langkah yang diambil untuk memenuhi peningkatan kes ialah penambahan kapasiti pesakit kategori tiga di MAEPS yang secara purata 600 kemasukan sehari dari Pusat Penilaian COVID (CAC) untuk mengurangkan kes tertangguh di Lembah Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 terutama pesakit kategori empat dan lima. - Gambar hiasan/BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
KKM guna Baricitinib rawat pesakit COVID-19 kategori empat dan lima
Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 terutama pesakit kategori empat dan lima.
KKM akan guna Baricitinib cegah peralihan pesakit COVID-19 ke kategori lebih meruncing
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan ubat Baricitinib bagi mengelakkan peningkatan atau peralihan pesakit COVID-19 ke kategori yang lebih meruncing.