PUTRAJAYA: Notifikasi produk kosmetik 'Beaute Treatment Cream' dan 'Beaute Nite Cream' telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM) kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk Beaute Treatment Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala Beaute Nite Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri dan betamethasone 17-valerate.
Dr Muhammad Radzi berkata produk yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17- valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
"Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.
"Bahan itu boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi dalam kandungan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.
Beliau berkata hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.
Katanya tretinoin pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari, manakala betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang memudaratkan.
Dr Muhammad Radzi berkata penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan aktiviti tersebut dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
"Orang awam yang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.
Menurutnya status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh disemak dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun Google Play Store.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
![KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694760632_product.jpg)
Produk Beaute Treatment Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala Beaute Nite Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri dan betamethasone 17-valerate. -Facebook KKM
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
![Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738829047_JalaluddinHassanS.jpg)
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
![Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738829070_hospitalpasirmas.jpg)
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
![Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738826085_AmirHamzahAzizan.jpg)
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
![Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738827993_ZaynRayyan.jpg)
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
![Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738827102_Scam.jpg)
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
![Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
![Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
![Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725442581_Mpoxvirus.jpg)
Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM
Pesakit merupakan seorang lelaki warga Malaysia yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September.
![Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830438_AEDES.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.
![Kes demam denggi menurun pada ME32, dua kematian direkod Kes demam denggi menurun pada ME32, dua kematian direkod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830438_AEDES.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME32, dua kematian direkod
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME32 adalah sebanyak 90,533 kes berbanding 73,680 bagi tempoh sama tahun lepas.
![Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685174707_wabakdenggisandak.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.
![Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722298885_KetuaPengarahKesih.jpg)
Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan
Pindaan ini juga mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap MMC sebagai badan kawal selia, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
![317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan 317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan
Sebanyak 317 kes baharu demam denggi dan empat kematian dilaporkan pada Minggu Epidemologi ke-29 (ME29).
![Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719401136_MosquitoAEDES.jpg)
Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan
Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada 2023.
![5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM 5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721444965_TBSESITOWNHALL.jpg)
5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM
Sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan PPKHT 2004.