Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekiranya tepung tersebut didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut.
"Ia merupakan satu kesalahan undang-undang kalau kita menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung. Sekiranya dibuktikan ada bahan kimia lebih daripada yang ditetapkan, kita akan ambil tindakan termasuk tarik balik penjualan, menghentikan operasi dan ambil tindakan dari segi perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di ibu pejabat MIC di sini hari ini.
Subramaniam mengulas mengenai senarai tepung gandum yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan.
Ditanya mengenai pil Misoprostol (atau Cytotec) yang didakwa boleh menggugurkan kandungan yang dijual secara dalam talian, Subramaniam berkata perkara itu sukar dikesan dan diambil tindakan kerana ia melibatkan pembelian yang dilakukan di luar negara.
"Pil seperti ini perlu mendapatkan preskripsi daripada seorang doktor. Kalau penjualan di Internet dibuat dalam negara, kita boleh kesan dan ambil tindakan. Kadang-kadang berlaku di luar negara dan datang melalui pos. Itu cabaran kita," katanya.
Justeru, beliau berkata kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Kastam Diraja Malaysia dan polis untuk mengesan sebarang bungkusan yang mengandungi pil tersebut dan mencari sekiranya terdapat penjualan berlaku di dalam negara.
Penjualan pil yang asalnya digunakan untuk mengubati penyakit gastrik itu hangat diperkatakan di laman sosial kerana mudah didapati menerusi pembelian dalam talian.
Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata pelantikan 2,600 graduan perubatan, pergigian dan farmasi secara kontrak ke dalam sektor kerajaan telah dijalankan secara berperingkat bermula Disember lepas.
"Bagaimanapun pengisian jawatan kontrak ini bergantung kepada seberapa cepat Jabatan Perkhidmatan Awam mewujudkan jawatan-jawatan kontrak," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan pelantikan 2,600 graduan itu secara kontrak selewat-lewatnya Disember 2016 kerana kekangan jawatan tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017

KKM akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Suspek tiada tanda-tanda sakit berkaitan agen saraf VX - Subramaniam
Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.

Punca kematian Jong Nam mungkin diketahui minggu depan - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.

KKM ambil sampel tepung gandum dakwa ada peluntur
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

48 hospital usia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan - Subramaniam
Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan masih beroperasi ialah Hospital Batu Gajah (136 tahun), Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97).

IMR uji strain virus Zika jangkiti dua beradik - menteri
Seorang wanita hamil berusia 35 tahun di Miri dan kakaknya berumur 39 tahun di Setapak, Kuala Lumpur merupakan kes kelima dan keenam disahkan dijangkiti virus itu di negara ini.

Risiko penyakit tidak berjangkit semakin meningkat di Malaysia - Subramaniam
Kebanyakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol dalam darah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Kementerian terus pantau produk tenusu - Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan akan terus dilakukan selagi perlu.
'Cadangkan kos pentadibiran pembantu rumah'
Kementerian Sumber Manusia meminta semua pihak mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung kos pentadbiran pembantu rumah Indonesia.

PAPA diminta kemuka kos ambil amah
PAPA diminta mengemukakan kos perbelanjaannya dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia untuk kelulusan kerajaan