PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan berkongsi data mengenai kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang disebabkan oleh penerimaan vaksin COVID-19 kepada umum bermula minggu depan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkongsian AEFI untuk melegakan hati rakyat.
"Jadi anda boleh lihat jenis AEFI sama ada sakit kepala, demam dan sebagainya. Kita akan keluarkan sebagai sebahagian daripada komiten saya untuk memberikan ketelusan," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini pada Rabu.
Beliau berkata tiada laporan mengenai kematian yang disebabkan oleh penerimaan vaksin COVID-19 diterima pihaknya sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan pada 24 Feb lepas.
Katanya setakat Isnin lepas (30 Ogos), sebanyak 34,455,366 dos vaksin telah diberikan.
Khairy berkata melalui sistem pelaporan AEFI, kadar laporan yang diterima melalui MySejahtera ialah 0.53 daripada 1,000 dos.
"Daripada jumlah ini, 0.04 per 1,000 dos dilaporkan sebagai serius AEFI dan majoriti kes serius hanya memerlukan kemasukan singkat ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan.
"Kita telah melaksanakan pemantauan yang rapi terhadap kes-kes AEFI untuk memastikan bahawa vaksin yang kita bagi ini adalah selamat dan tak undang kemudaratan dari segi kesan sampingan," katanya.
Beliau berkata selain mengenai AEFI, pelbagai data berkaitan COVID-19 akan dikongsi kepada umum secara terperinci minggu depan dalam usaha meningkatkan ketelusan KKM.
"Ini adalah data granular yang akan kita sediakan secara terbuka kepada semua untuk melihat lebih daripada data-data yang telah pun kita bekalkan selama ini.
"Saya telah buat ketetapan budaya kerja KKM selepas ni lebih kepada ketelusan supaya soal kepercayaan kepada kerajaan dan respons KKM kepada pandemik ini, tidak lagi ada tuduhan kerahsiaan dan tuduhan maklumat yang tidak dapat kita peroleh daripada kerajaan," katanya.
Khairy berkata sehingga 31 Ogos, sebanyak 84.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin COVID-19 manakala 64.2 peratus populasi dewasa telah menerima dos lengkap.
Beliau berkata kadar liputan imunisasi COVID-19 bagi populasi dewasa yang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan telah melebihi 90 peratus.
Katanya keberkesanan vaksin dibuktikan menerusi trend kemasukan pesakit ke hospital di negeri-negeri dengan liputan penerima dos lengkap melebihi 50 peratus seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan, Labuan dan Sarawak yang menunjukkan penurunan.
Khairy berkata trend penurunan kemasukan pesakit COVID-19 juga dapat dilihat di Hospital Sungai Buloh iaitu sebanyak 53 peratus berbanding pada awal Ogos 2021.
"Sehubungan itu, saya ingin menjelas dan menegaskan bahawa vaksin COVID-19 yang digunakan dalam PICK adalah berkesan terutama bagi mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang teruk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
![KKM akan berkongsi data AEFI minggu depan - Khairy KKM akan berkongsi data AEFI minggu depan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630515618_TBKHAIRYJAMLUDDIN.jpg)
Khairy berkata beliau telah berbincang dengan Dr Noor Hisham mengenai perkongsian AEFI untuk melegakan hati rakyat. - Foto BERNAMA
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Usaha membasmi kemiskinan di Sabah antara menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
![KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718930137_kjfahmi.jpg)
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
![KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702724238_TBKJPUTRAJAYA.jpg)
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
![Bukan rombak satu FAM Bukan rombak satu FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714438869_tbKongresTahunan.jpg)
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
![KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714136231_KhairyJamaluddin.jpg)
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
![Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712571795_TBKELUARSKJAP.jpg)
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
![KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711700190_TBpadukjjpg.jpg)
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
![Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710823527_TBSAMANKJJAMAL.jpg)
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.