KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk membina platform setinggi kira-kira tiga meter (10 kaki), di 1,000 buah menara telekomunikasi yang terkesan ekoran kejadian banjir baru-baru ini.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan itu bagi memastikan kerosakan di menara telekomunikasi dapat dikurangkan, sekaligus memastikan perhubungan telekomunikasi tidak terputus terutamanya ketika banjir melanda.
"Saya juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dapat mengambil inisiatif supaya menara telekomunikasi yang berada di lokasi yang terdedah pada banjir, pada masa akan datang agar tidak menggunakan lagi kaedah di mana peralatan berada di 'ground level'.
"Sistem komunikasi tidak sepatutnya putus walaupun air sudah menaik sehingga 10 kaki... dengan adanya inisiatif ini sekurang-kurangnya orang yang terperangkap di atas bumbung rumah masih boleh menghantar S.O.S (minta bantuan)," katanya selepas Program Jelajah Prihatin KKMM di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, di sini pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan kira-kira 1,000 buah menara telekomunikasi yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan gangguan kepada liputan telekomunikasi ekoran kejadian banjir baru-baru ini telah dibaik pulih.
Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau juga mahu pihak berkaitan termasuk Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia, dapat menggubal sistem penyampaian maklumat yang lebih berkesan di kawasan berisiko banjir termasuk amaran awal.
"Cara yang ada sekarang adalah konvensional sebagai contoh 'Info On Wheel' (IOW) dan sebagainya namun ia terhad.. tetapi saya mahu maklumat dapat diterima setiap pengguna yang terdedah kepada bencana di mana sahaja mereka berada.
"Kita boleh tengok contoh negara Jepun, apabila nak berlaku gempa bumi walaupun kecil namun maklumat itu sampai kepada setiap pengguna telefon bimbit, bahkan termasuk pelancong turut menerima pesanan itu.
"Walaupun sekarang kita sudah ada sistem namun saya mahu yang lebih baik terutamanya berdasarkan pengalaman banjir baru-baru ini," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat ini seramai 5,000 ahli sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) telah digerakkan untuk membantu melakukan kerja-kerja pascabanjir, termasuk membersihkan rumah penduduk dan sebagainya.
"Jika hendak dibandingkan dengan negara lain, bencana seperti ini (banjir) akan mengambil tiga bulan untuk pulih. Namun, negara kita dapat tangani masalah ini dalam tempoh hanya dua minggu.
"Banyak insiaitif kerajaan yang tawarkan kepada rakyat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain bantuan wang tunai, bekalan makanan dan lain-lain kepada mangsa banjir juga disalurkan dengan cepat dan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Annuar mahu pihak berkaitan menggubal sistem penyampaian maklumat yang lebih berkesan di kawasan berisiko banjir termasuk amaran awal. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.