KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak serta Kementerian Komunikasi dan Digital sepakat bahawa isu 3R yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja perlu ditangani sebaiknya kerana ia boleh menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata isu itu adalah antara perkara yang dibincang semasa kunjungan hormat beliau ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
Turut dibincangkan ialah pelbagai isu berkaitan infrastruktur telekomunikasi Sarawak termasuk status pembinaan menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 dengan peruntukan RM4.09 bilion, pelaksanaan Titik Kehadiran (POP) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan lebih RM1 bilion serta pembinaan dan perluasan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
"Premier Sarawak juga menekankan perihal kestabilan politik di peringkat Sarawak dan Persekutuan yang dengannya, isu rakyat dan pembangunan negara dapatlah diberi tumpuan.
"Tambahnya juga, naratif positif terhadap ekonomi negara adalah penting bagi memberi keyakinan kepada para pelabur dan ini termasuklah penilaian peringkat antarabangsa yang baik seperti indeks kebebasan media, indeks persepsi rasuah dan hak asasi manusia," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.
Beliau berkata mereka juga berbincang mengenai keupayaan kewangan di peringkat Persekutuan yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal aliran tunai kerajaan dan memperkukuh kewangan negara.
Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sarawak Adiman Ajem, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak Aziz Abdul Rahman serta Pengurus Besar Telekom Malaysia Sarawak Abdul Rahman Taha.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching (tengah) dan rombongan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya pada Rabu. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.