PUTRAJAYA: Kerajaan nafi mengabaikan peruntukan di kawasan parlimen seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan tetap menyalurkan peruntukan itu secara terus kepada rakyat dan tidak menerusi Ahli Parlimen.
Tegas Anwar, tiada keperluan untuk memberikan peruntukan kepada pihak yang sentiasa mencerca kerajaan dan secara berterusan mengeluarkan sangkaan buruk.
“Dia kata kita (Kerajaan Perpaduan) nafikan hak wakil rakyat itu tak betul. Elaun wakil rakyat itu kita tak pernah singgung. Peruntukan di kawasan Pas atau Bersatu di kawasan Parlimen kita teruskan, sekolah, masjid, perumahan semua kita lakukan.
“Kita tak salurkan melalui Ahli Parlimen, yang penting kita salurkan kepada rakyat, mengapa kita perlu salur kepada Ahli Parlimen yang hari-hari cerca kita nak tumbangkan kita maki kita,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres PKR di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Anwar juga menyifatkan kerajaan terdahulu gagal untuk mentadbir negara sewaktu diberikan ruang dan kini hanya cenderung melakukan serangan menggunakan sentimen agama dan sebagainya.
Malah pembangkang juga menganggap kerajaan ketika ini kononnya tidak suci sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak dan permintaan mereka.
"Bagilah ruang, ambillah sikap sederhana. Kritiklah dan lawanlah dalam bidang yang kamu rasa wajar dari segi dasar tapi jangan hukum dari segi akidah dan kepercayaan kami kerana dalam perdebatan di Parlimen, kamu tidak boleh buktikan yang kamu buat lebih baik daripada kami semasa kamu berkuasa,” katanya lagi.
Hilmi Malik
Sun Nov 26 2023
!['Kita salur peruntukan terus kepada rakyat' - PM Anwar 'Kita salur peruntukan terus kepada rakyat' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701002369_AnwarIbrahimKongr.jpg)
Anwar berkata, pihaknya akan tetap menyalurkan peruntukan itu secara terus kepada rakyat dan tidak menerusi Ahli Parlimen. - Bernama
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78 PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028875_AnwarIbrahimSulta.jpg)
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
![Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
![Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720853030_tbAnwarIbrahim.jpg)
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.