Lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia pada 1993 dan sebuah filem Hollywood diterbitkan sempena insiden tersebut.
Walaubagaimanapun, filem Black Hawk Down itu tidak memberikan gambaran tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.
Ini laporan penuh yang disiarkan pada Khamis: Kisah sebenar Black Hawk Down
Berikut antara komen yang anda kongsikan sebagai reaksi kepada laporan itu:
Ismail Omar: Akhirnya, perkara sebenar sudah didedahkan. Biar seluruh dunia mengetahui kebenarannya agar tentera kita tidak mati dengan sia-sia.
Harun: Kisah benar adalah pasukan Malaysia penjaga keamanan PBB mengambil risiko untuk menyelamatkan tentera Amerika dalam kejadian itu bukannya tentera berpakaian seragam PBB Pakistan seperti yang ditunjukkan dalam filem Black Hawk Down. Kebenaran akan diketahui juga. Syabas Yazid, semoga Allah memberkati anda.
Ismail Bin Omar: Saya sudah menonton filem Black Hawk Down. Memang tak disebut langsung nama Malaysia, apa lagi tentera Malaysia yang menyelamatkan tentera Amerika. Kononnya tentera Amerikalah yang menjadi hero dalam pertempuran itu.
Shamsul Anuar Bin Idris: Kenapa perlu tunggu selepas 20 tahun? Sepatutnya sudah dilakukan dahulu lagi.
Aem Idham: Baru nak buat filem padahal sudah lama cerita ini patut dikeluar.
Rasdi Wajadan: Ketika itu saya masih berstatus bujang hal ini menjadi isu selepas ia ditayangkan. Tetapi lenyap begitu sahaja. Sekarang saya sudah ada tujuh orang anak baru nak ceritakan kisah yang sebenar!!! Nasib baik perajurit yang terlibat masih belum arwah!
Sunan Hbk: Yang dalam Malaysia sendiri pun buta sejarah, inikan pula orang negara luar.
Ahmad Qushairy: Bila pula nak buat filem sebenar tentang peristiwa tu?
Muhd Jamal: Cerita macam ini yang patut FINAS terbitkan bukan bukan filem yang kurang kualiti macam Tanda Putera.
Astro Awani
Fri Oct 04 2013
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Butterfingers, Transcendence 20 Tahun ubati rindu 'Royal Butters'
Siapa yang tidak kenal Butterfingers, kumpulan rock tempatan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa pada era 90an.
Kisah sebenar Black Hawk Down: Apa komen anda?
Ini reaksi anda kepada laporan tentang sumbangan tentera Malaysia yang tidak dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down.