Sesetengah orang mungkin beranggapan mengumpul barang lama atau antik tidak membawa sebarang keuntungan.
Namun, berbeza pula halnya bagi seorang warga emas yang gemar mengumpul barangan tembaga untuk dijadikan hiasan.
Bagi Mohd Kassim Mohd Hanifah, 72, dari Bagan Jermal, dekat sini, barangan tembaga mempunyai nilai estetika tersendiri apatah lagi warnanya yang keemasan mampu memukau peminat barang antik.
Justeru, beliau yang lebih dikenali sebagai Mamu Kassim atau Mamu Tembaga tidak kisah mengeluarkan modal untuk membeli dan mengumpul barangan berkenaan sejak 20 tahun lalu.
Apatah lagi hasratnya untuk membuka kedai emas tidak kesampaian menyebabkan Mamu Kassim beralih kepada barang tembaga kerana warnanya yang menarik.
"Namun, tidak ramai yang tahu cara untuk memastikan warna tembaga berkilau seperti emas menyebabkan barangan hiasan itu kelihatan pudar dan terbiar begitu saja.
Saya beri contoh macam teko yang hitam dan gelap nampak sangat tidak cantik. Jadi untuk jadikannya elok semula rendamkan dalam air asam jawa selama sehari dua, kemudian gilapkan semula dan akan kembali berkilat," katanya ketika ditemui.
Selain di rumah, Mamu Kassim turut mempunyai stor untuk menyimpan barang tembaga berusia ratusan tahun di Taman Selat, Butterworth yang menjadi tumpuan peminat barang antik.
Selain seterika lama, barangan tembaga lain yang bernilai tinggi ialah tepak sireh, tempat menyimpan susu digunakan orang India, lampu zaman China kuno, dulang dan teko.
Mamu Kassim turut mengakui kecintaannya terhadap warisan bangsa menyebabkan dia mengumpul barang tembaga yang pernah digunakan generasi terdahulu.
"Orang Melayu (khususnya) mempunyai banyak kesenian sehinggakan duit syiling pun ada gambar tepak sirih yang sememangnya tekenal sebagai (pelengkap) adat resam ketika majlis perkahwinan misalnya," ujar Mamu Kassim lagi.
Berikutan ramai peminat barang antik termasuk dari kalangan orang India dan Cina, Mamu Kassim tidak keberatan menjual sebahagian barang tembaga dalam simpanannya jika ditawarkan dengan harga yang memuaskan.
Astro Awani
Tue Oct 01 2019
Bagi Mohd Kassim Mohd Hanifah, barangan tembaga mempunyai nilai estetika tersendiri apatah lagi warnanya yang keemasan mampu memukau peminat barang antik. - Gambar Astro AWANI
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
AS akan pulangkan kepada India hampir 300 barang antik yang dicuri
Amerika Syarikat akan memulangkan kepada India hampir 300 karya seni yang dicuri atau dibawa keluar secara haram dari negara itu.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
AS pulangkan hampir 200 artifak jarang ditemui kepada Pakistan
Barang antik milik tamadun Mehrgarh berusia 8,000 tahun itu dipulangkan kepada Konsulat Pakistan di New York.
Basikal berkarat masih ada harga
Rosli Hashim juga berhasrat membuka galeri mini bagi mempamerkan barangan lama yang dikumpul sejak 20 tahun lalu.
Cikgu Jamal simpan lebih 120 cederahati Hari Kemerdekaan
Antara koleksi yang paling berharga adalah surat khabar Malaya Merdeka keluaran 1 September 1957 dalam tulisan tangan jawi.
Kisah Mamu Kassim dan koleksi barangan tembaga
Bagi Mohd Kassim Mohd Hanifah, 72 tahun, dari Bagan Jermal, Butterworth, barangan tembaga mempunyai nilai estetika tersendiri apatah lagi warnanya yang keemasan mampu memukau peminat barang antik