PETALING JAYA: Gara-gara memasuki laluan secara tiba-tiba, sebuah Perodua Myvi melanggar sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.38 pagi.
"Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian, Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 42 tahun itu datang dari susur kiri lebuh raya dan melanggar jentera bomba tersebut.
"Akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Siasatan mendapati jentera tersebut dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Jalan Tun, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Bahagian Kejuruteraan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur di Bandar Kinrara bersebelahan IPD Serdang untuk dibaik pulih.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023
Sebuah Perodua Myvi terbabas setelah melanggar jentera bomba sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.
Tujuh remaja sesat di Bukit Maras ditemukan selamat
Kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada 1 tengah hari.
Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta
Pemandu treler mengalami kecederaan di tangan dan kepala, dan diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita maut selepas treler rempuh rumah
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.
Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api
Tiada mangsa dan individu tercedera dalam kejadian kebakaran ini.
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.