ALOR SETAR: Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah di sini dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), selepas didapati melepaskan efluen ke longkang awam tanpa rawatan.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya yang menjalankan rondaan kira-kira pukul 5 petang, Khamis lalu di kawasan Mergong, di sini telah menemui aliran efluen berwarna biru di dalam sistem perparitan awam.
"Pegawai penyiasat yang telah menyusuri perparitan awam berkenaan telah menjumpai punca pelepasan efluen itu. Siasatan mendapati, sebuah kilang telah melepaskan efluen berwarna biru secara terus ke longkang awam dan jarak longkang yang tercemar sepanjang kira-kira 70 meter.
"Beberapa persampelan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Hasil siasatan lanjut di kilang itu pada Khamis dan semalam, kemudiannya telah mengesahkan bahawa efluen berwarna biru itu berpunca dari penggunaan pigmen biru dalam proses pembuatan dan dilepaskan secara terus tanpa dirawat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sharifah Zakian berkata kilang itu, telah diarahkan untuk menghentikan serta merta punca pencemaran yang dilakukan dan telah dikenakan tindakan POK.
Beliau berkata peralatan basuhan yang dipercayai menjadi punca kepada pencemaran itu juga telah disita dan rakaman percakapan dengan pihak kilang juga telah dibuat serta beberapa persampelan juga telah diambil untuk tindakan lanjut.
"Pelepasan efluen secara terus tanpa dirawat menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kualiti ALam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Satu notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikeluarkan untuk kilang mengemukakan langkah pembaikan," katanya.
Sharifah Zakiah berkata pemeriksaan ulangan akan dibuat bagi verifikasi tindakan pembetulan yang diambil, sebelum kilang boleh beroperasi semula.
Beliau berkata JAS turut menyeru pihak industri untuk lebih peka dengan kehendak perundangan dan boleh merujuk kepada JAS sekiranya memerlukan nasihat.
"Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat di talian bebas tol di 1-800-88-2727 atau di http:eaduan.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Siasatan JAS mendapati, sebuah kilang telah melepaskan efluen berwarna biru secara terus ke longkang awam. - Foto JAS

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi
Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah Alor Setar dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar.