KUALA LUMPUR: Sebuah kilang memproses rempah di Taman Bamboo, di sini, dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.
Dalam serbuan dilaksanakan Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat mendapati terdapat bangkai tikus, urungan lipas serta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan stor penyimpanan produk di kilang terbabit.
Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan dilakukan enam pegawai kesihatan mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan.
Menurutnya, lantai, dinding, peralatan dan kelengkapan pemprosesan produk didapati dalam keadaan kotor, berdebu dan usang.
"Bahan mentah makanan pula didapati diletakkan kurang 0.45 sentimeter dari aras lantai dan terdapat lipas serta najis di gudang stor menempatkan produk yang sudah siap.
"Susunan stor juga didapati tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan FIFO (first in first out)," katanya.
Menurutnya lagi, seramai 25 pengendali makanan termasuk 11 warga asing didapati mempunyai suntikan tifoid dan hadir kursus pengendali makanan.
"Premis dikenakan tindakan penutupan di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa Sabtu.
"Kompaun turut dikeluarkan di bawah UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) - JKAS 095859," katanya.
Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis pengendali atau pemprosesan makanan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Sinar Harian
Sat Mar 06 2021

Keadaan dalam kilang memproses rempah yang diserbu DBKL pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kilang proses rempah menjijikkan diserbu
Premis dikenakan tindakan penutupan di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa Sabtu.