SHAH ALAM: Sebuah kilang memproses ayam di Kajang dikesan melepaskan air cucian lantai dan peralatan memproses ayam ke longkang awam.
Kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu operasi di kilang terbabit.
JAS dalam kenyataannya memaklumkan, siasatan mendapati premis tidak mempunyai loji rawatan air sisa dan hanya menggunakan sistem perangkap minyak untuk menakung air sisa tersebut sebelum dilepaskan ke longkang di luar kilang.
"Sebanyak tiga sampel efluen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Menurut JAS, kilang terbabit dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009," ujar kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 26 2021

Sebuah kilang proses ayam di Kajang dikesan melepaskan air cucian lantai dan peralatan memproses ayam ke longkang awam. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kilang proses ayam lepas sisa ke longkang awam
Kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu operasi di kilang terbabit.

KPDNHEP jamin bekalan ayam semasa mencukupi
Kilang pemprosesan ayam yang membekalkan ayam proses dan produk-produk berasaskan ayam diseluruh negara itu diarahkan tutup sehingga 4 Jun.

Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara
Datuk Tey Kok Kiew kerja-kerja pelepasan itu dilakukan bermula kira-kira pada pukul 10.00 malam dan dijangka mengambil masa selama 10 jam.