Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 6.12 petang.
"Seramai 30 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dibantu BBP Serdang, BBP Kajang dan Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kebakaran," katanya dalam kenyatan di sini, pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan.
Katanya, kebakaran iru melibatkan sebanyak 80 peratus purata kemusnahan yang dialami.
Punca kejadian jelasnya, masih lagi dalam siasatan.