PUTRAJAYA:Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical di Rawang, Selangor disyaki melepaskan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahanmilik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pihaknya menerima aduan daripada IWK berhubung kemasukan efluen terlarang itu pada Ahad dan kemudiannya membuat pemeriksaan secara mengejut ke atas kilang berkenaan.
Katanya, kilang tersebut disyaki melepaskan efluen terlarang iaitu efluen pembuatan cat berwarna merah ke dalam sistem pembetungan awam dan seterusnya mengalir masuk ke Loji Pengolahan Kumbahan/Stesen Pam (GBK 281) miliki IWK di Taman Industri Nautical Rawang, Selangor.
"Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan awal dan tidak melibat sebarang pencemaran sumber air yang akan mengakibatkan henti tugas loji rawatan air," menurut SPAN dalam satu kenyataan hari ini.
Suruhanjaya itu berkata pemeriksaan hari ini dilakukan SPAN bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan IWK.
SPAN akan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi ke atas mana-mana pihak disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam yang memberi impak kepada sistem rawatan kumbahan awam dan alam sekitar.
Perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam akan disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
SPAN memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes-kes pencemaran kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN di talian 03 - 8317 9333 atau e-mel ke aduan@span.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pihaknya menerima aduan daripada IWK berhubung kemasukan efluen terlarang itu pada Ahad. - Gambar fail
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Kenaikan tarif air baharu minimum, tidak beban pengguna - Ahmad Samsuri
Sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik secara purata hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan.
Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.
SPAN siap sedia hadapi sebarang kemungkinan akibat banjir
Ia bagi memastikan bekalan air pengguna tidak terjejas sepanjang berlakunya bencana itu.
Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023
RUU SPAN (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Charles Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas.
Empat hari tiada air mulai esok, penduduk Lembah Klang simpan air cepat!
Gangguan bekalan air itu menjejaskan wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
MWA gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pencemar air
Persatuan Air Malaysia (MWA) melahirkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan air terawat dan pencemaran sumber air mentah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek
Kilang pembuatan dan penjualan cat di Rawang disyaki lepaskan efluen terlarang - SPAN
Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical di Rawang, Selangor disyaki melepaskan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahanmilik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Pencemaran Sungai Selangor: Bau larutan dikesan, sampel dibawa ke makmal
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sampel pencemaran mempunyai bau larutan sama seperti kes pencemaran sebelum ini.