KUALA TERENGGANU: Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu adalah minimum dan tidak membebankan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik yang secara purata menggunakan hingga 40 meter padu air sebulan hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan mengikut jumlah penggunaan, susulan kenaikan tarif air bermula 1 Feb ini.
"Kadar kenaikan berkenaan adalah paling rendah," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian subsidi dan inisiatif kepada pengguna domestik seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika mengumumkan pelarasan tarif air baharu itu, Rabu lepas.
Beliau berkata, bantuan atau inisiatif yang diberikan oleh operator bekalan air negeri iaitu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) kepada pengguna domestik ketika ini adalah pemberian subsidi 20 meter padu kepada pengguna golongan B40.
"Pemberian subsidi ini melibatkan 11,832 akaun dengan kos tanggungan sebanyak RM1,176,180 setahun.
"Jumlah nilai pemberian air percuma oleh kerajaan negeri ini sebenarnya meningkat daripada RM8.40 kepada RM10 sebulan untuk setiap akaun penerima. Peningkatan kos ini bagaimanapun akan diserap dan ditanggung kerajaan negeri," katanya sambil menggalakkan mereka yang layak dan belum memohon supaya membuat permohonan.
Pada masa sama, beliau berkata, pemberian subsidi air juga akan diteruskan kepada masjid dan surau berdaftar melibatkan 1,883 akaun dengan kos tanggungan bernilai RM1.4 juta setahun, menjadikan RM2.5 juta setahun ditanggung kerajaan negeri bagi tujuan itu.
Menurut Ahmad Samsuri, kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu seperti yang diselaraskan SPAN adalah masih tidak mencukupi untuk mengatasi kenaikan kos operasi sejak kali terakhir tarif air di Terengganu disemak pada 1997.
Namun, katanya, ia akan membantu SATU dalam menampung kos operasi serta meneruskan usaha menambah baik tahap perkhidmatan kepada sejumlah 341,546 akaun dengan 83 peratus daripadanya adalah pengguna kategori domestik, setakat November 2023.
SPAN pada Rabu lepas mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksana bermula 1 Feb ini, dengan kenaikan itu disifatkan suruhanjaya berkenaan sebagai tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemampanan jangka panjang perkhidmatan air negara. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu adalah minimum dan tidak membebankan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Kenaikan tarif air baharu minimum, tidak beban pengguna - Ahmad Samsuri
Sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik secara purata hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan.

Tarif air akaun domestik Semenanjung, Labuan dijangka naik tahun depan - Nik Nazmi
Tarif air bagi akaun domestik di Semenanjung dan Labuan dijangka akan meningkat tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.