REMBAU: Pembinaan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) berteknologi hijau pertama negara di kawasan perindustrian Chembong, dekat sini, bakal mewujudkan gelombang ekosistem baharu terutamanya dalam industri kenderaan elektrik (EV).
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kilang tersebut yang akan dibina secara bersama oleh Careplus Group Berhad dan GoAuto Group menerusi NexV Manufacturing Sdn Bhd di kawasan berkeluasan 29.68 hektar (73.34 ekar), membabitkan pelaburan bernilai RM840 juta secara berfasa.
Beliau berkata kilang yang akan dibina secara berperingkat sehingga 2028 itu dijangka dapat menarik lebih banyak jenama kenderaan EV atau komersial yang berhasrat melakukan pemasangan tempatan (CKD) di negara ini.
"Impak daripada pembinaan kilang ini adalah penjanaan ekonomi Negeri Sembilan secara mampan sekali gus menawarkan 600 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini terutamanya dalam bidang kemahiran.
"Diharap projek ini dapat merancakkan rangkaian pemasaran kenderaan EV di seluruh negara dan pembangunan sosioekonomi tempatan terutamanya di Rembau," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah kilang tersebut, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NexV Manufacturing Lim Kwee Shyan dan Pengerusi Kumpulan GoAuto Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal.
Aminuddin berkata fasa pertama projek itu melibatkan kilang pemasangan akan bermula pada suku pertama tahun ini manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing pada 2026 dan 2028.
Menurutnya, pembinaan kilang tersebut juga akan menjadikan Negeri Sembilan sebagai lokasi alternatif kepada mana-mana pihak dalam sektor pembuatan EV yang ingin melabur di Malaysia.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar terbuka dalam mengalu-alukan kemasukan pelabur terutamanya pemain industri berteknologi tinggi.
Sementara itu Lim berkata kilang tersebut bukan sahaja akan memasang kenderaan elektrik jenama mereka sendiri, namun terbuka kepada jenama NEV lain sama ada kenderaan penumpang, perdagangan atau motosikal elektrik yang berhasrat melakukan CKD.
Beliau berkata kapasiti pengeluaran kilang berkenaan adalah sekitar 30,000 unit setahun dan direka bentuk supaya dapat mencapai kapasiti pengeluaran maksimum sehingga 50,000 unit setahun.
Menurutnya, pembinaan kilang itu juga menggunakan sistem mesra alam iaitu buangan air sifar, tiada pencemaran air dan bunyi selain semua bahan buangan pepejal akan dihantar untuk di kitar semula.
Lim berkata bumbung kilang akan dipasang dengan solar yang mana sebahagian besar elektrik dapat dijana daripada teknologi tersebut seiring dengan matlamat mengembang dan menerokai potensi perniagaan dalam bidang teknologi hijau dan tenaga baharu.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan terutamanya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pihaknya turut menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi bagi golongan muda tempatan bekerja dalam industri mobiliti hijau itu.
"Kami menjangkakan pengambilan dan latihan tenaga kerja dapat dilakukan pada suku ketiga tahun ini atau seawal Ogos nanti.
"Selain itu, perbincangan bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong turut diadakan bagi berkolaborasi sekali gus melahirkan graduan terlatih seterusnya diambil bekerja dengan kami," kataya.
Pada majlis berkenaan, NexV Manufacturing turut memeterai perjanjian pemasangan tempatan dengan Hozon Auto, pengeluar EV jenama NETA dari China yang akan menjadikan NETA V sebagai produk pertama dipasang di kilang tersebut pada suku pertama 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kilang tersebut yang akan dibina secara bersama oleh Careplus Group Berhad dan GoAuto Group menerusi NexV Manufacturing Sdn Bhd di kawasan berkeluasan 29.68 hektar (73.34 ekar). - BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.