KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih mengesan sikap sebahagian pengusaha kilang yang degil dan gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Menurut Pengarah Pasukan Petugas Khas Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MITI, Shukri Firos Rahman sebahagian mereka dikenakan kompaun dan arahan penutupan akibat kegagalan tersebut.
Jelasnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, lebih 300 operasi telah dijalankan ke atas premis-premis kilang bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi arahan semasa.
“Kita sebenarnya sekarang ini beroperasi selama 24 jam setiap hari tanpa mengira cuti umum atau cuti hujung minggu sebab seperti mana yang kita sedia maklum ada industri kilang yang memang dibenarkan beroperasi 24 jam.
“Kita juga buat lawatan khususnya di waktu malam. Sebab ada juga yang menyangka, waktu malam ini kita dah tidak lawat, jadi mereka longgarkan sikit daripada sudut SOP.
"Jadi, waktu malam ini biasanya mereka dapat tangkap kes tidak pakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan operasi pemeriksaan di sekitar Shah Alam pada Jumaat.
Tambah beliau, kes yang paling tinggi pelanggaran SOP adalah membabitkan kegagalan dalam mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja.
Jelasnya, MITI akan melakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai atau pekerja kilang terbabit.
Malah, katanya MITI juga sentiasa memantau sehingga ke peringkat media sosial sekiranya terdapat unsur pelanggaran peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh kilang-kilang di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Yang pertama, kita bagi keutamaan yang tinggi kepada aduan orang ramai. Aduan orang ramai ini ada pelbagai cara, ada yang kita terima terus kepada MITI, ada yang kita terima daripada jabatan lain dan ada juga yang kita terima daripada media sosial termasuk yang 'tag' MITI,” ujarnya.
Pada serbuan yang dilakukan pada Jumaat juga, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 terhadap sebuah kilang yang gagal memastikan pekerjanya melakukan imbasan MySejahtera.
Manakala sebuah lagi kilang diarahkan ditutup kerana melanggar syarat operasi yang dibenarkan oleh MKN.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Jun 11 2021
![Kilang degil tidak akan terlepas, penguatkuasa MITI beroperasi 24 jam Kilang degil tidak akan terlepas, penguatkuasa MITI beroperasi 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623415546_MITI.jpg)
Penguatkuasa MITI mengeluarkan kompaun ke atas majikan yang gagal memastikan pekerjanya gagal melakukan imbasan MySejahtera pada Jumaat. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.
![Misi perdagangan, pelaburan ke Vietnam catat potensi eksport RM3.3 bilion - MITI Misi perdagangan, pelaburan ke Vietnam catat potensi eksport RM3.3 bilion - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720695568_TengkuZafrul.jpg)
Misi perdagangan, pelaburan ke Vietnam catat potensi eksport RM3.3 bilion - MITI
Misi berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan perkongsian strategik perniagaan ke perniagaan melibatkan entiti Malaysia dan Vietnam.
![Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.
![Aliran pelaburan kukuh dijangka pada 2024 - Tengku Zafrul Aliran pelaburan kukuh dijangka pada 2024 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719391981_tbTengkuZafrul.jpg)
Aliran pelaburan kukuh dijangka pada 2024 - Tengku Zafrul
Terdapat potensi untuk pelaburan yang diluluskan pada tahun ini melebihi RM329.5 bilion pada tahun lepas berdasarkan data yang positif dari suku pertama 2024.
![Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti secara ketara - Tengku Zafrul Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti secara ketara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712315964_TengkuZafrulMITI.jpg)
Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti secara ketara - Tengku Zafrul
Malaysia berpotensi meningkatkan produktiviti secara ketara menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang dapat melangkaui manfaat pendigitalan.
![Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718871553_tbDrGeoffreyWillia.jpg)
Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.
![Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.
![Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul
Perincian kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) akan diperjelaskan hari ini.
![Pekema saran kawalan ketat pemberian AP terbuka Pekema saran kawalan ketat pemberian AP terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718870835_trafiksesak.jpg)
Pekema saran kawalan ketat pemberian AP terbuka
Pekema menggesa kerajaan mengawal jumlah syarikat diberi permit import (AP) terbuka untuk memastikan industri automotif kekal berdaya saing.
![Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675186355_TBMiti.jpg)
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan