Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar.
Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin berharap jasa-jasa dan sumbangan sejarawan seperti mendiang terus dikenang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Titah Sultan Selangor itu dipetik oleh kenyataan Istana Selangor hari ini yang turut memaklumkan Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap balu sejarawan negara itu, Puan Sri Rathi Khoo serta dua anaknya, Eddin dan Rubin pada 9 Julai lepas.
Menurut Istana Selangor, Sultan Sharafuddin yang telah mengenali mendiang sejak awal 1980-an, turut menzahirkan kekaguman terhadap semangat dan usaha tokoh sejarah itu yang sentiasa mengutamakan fakta yang benar dan sahih dalam penyampaiannya, sekalipun ada pihak yang cuba memutar belit kenyataan.
"Baginda turut menyampaikan penghargaan dan rasa sukacita terhadap jasa bakti mendiang ketika hayatnya dalam menyuarakan pendapat serta buah fikiran yang bernas dalam pelbagai bidang khususnya sejarah tempatan.
"Ini termasuk menyemarakkan kembali semangat cintakan sejarah dalam kalangan anak muda serta dalam pembangunan arena sukan tempatan khususnya bola sepak," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut Istana Selangor, Sultan Sharafuddin pada masa sama menzahirkan rasa kurang senang dengan persepsi dan layanan segelintir kaum Cina yang seakan memandang sepi sumbangan dan kepakaran mendiang.
"Baginda juga hairan masih ada ahli-ahli politik tertentu yang mengambil remeh tentang kepentingan sejarah bangsa di Malaysia yang sering ditekankan oleh mendiang untuk dijadikan teladan serta pengajaran.
"Untuk itu, baginda berpesan kepada semua pihak khususnya ahli politik agar belajar dan memahami sejarah dengan betul sekiranya mahu terus bergerak ke masa hadapan yang lebih baik," demikian menurut kenyataan itu.
Pada majlis berkenaan, balu mendiang turut merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Sultan Sharafuddin yang mengabdikan nama mendiang suaminya pada sebatang jalan di Petaling Jaya yang kini dikenali Jalan Prof Khoo Kay Kim. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Sultan Sharafuddin berharap jasa-jasa dan sumbangan mendiang Khoo Kay Kim terus dikenang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khoo Kay Kim simbol semangat perpaduan Malaysia sebenar - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar.