Kementerian Pendidikan akan menamatkan serta-merta khidmat kontraktor Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di sekolah berasrama sekiranya didapati menjadi punca kepada kes keracunan makanan.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian akan memasukkan klausa itu dalam kontrak untuk pengendali serta pembekal makanan dan ia merupakan satu daripada tiga penambahbaikan skop dan spesifikasi bagi kontrak BMB yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.
"Sebelum ini, kita biasanya akan membuat jawatankuasa khas yang akan menyiasat kes tersebut dan perlu melalui beberapa peringkat penilaian.
"Selepas ini kontraktor yang disahkan Kementerian Kesihatan bahawa kes keracunan makanan itu berpunca daripada kontraktor itu, mereka boleh ditamatkan kontraknya serta-merta," katanya selepas melakukan lawatan khas ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat sini hari ini.
Ketika ini terdapat 1,310 kontrak BMB membabitkan sekolah berasrama penuh, sekolah harian dan asrama desa.
Jelasnya, kementerian perlu mengambil langkah itu bagi mengelakkan kes keracunan makanan berulang memandangkan berlaku peningkatan 35 kes keracunan iaitu 98 kes tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya.
"Hasil siasatan Kementerian Kesihatan mendapati antara punca berlakunya masalah itu adalah disebabkan oleh makanan yang disediakan di dapur asrama," katanya.
Turut ditambah baik ialah kriteria pelantikan jawatan pengurus dan penyelia makanan yang bergantung kepada kategori sekolah; misalnya bagi sekolah kategori A iaitu yang mempunyai murid melebihi 600 orang, pengurus makanan perlu mempunyai diploma dalam bidang berkaitan dan tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi makanan.
"Kementerian turut membuat keputusan memberi peluang kepada kontraktor melanjutkan tempoh kontrak pembekalanan makanan dari dua kepada tiga tahun tertakluk kepada prestasi kontraktor dan pengesyoran pihak sekolah," katanya.
Dalam pada itu, kementerian juga kata Mahdzir mengambil inisiatif meningkatkan standard keselamatan penyediaan makanan di sekolah melalui program Rintis Pensijilan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) bagi dapur dewan makan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Ia merupakan usaha sama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan melibatkan tiga buah SBP iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya sebelum ia diperluaskan ke SBP lain di seluruh negara.
Pensijilan GMP diberi kepada premis makanan yang melaksanakan sistem kawalan keselamatan makanan melalui pelaksanaan amalan baik untuk menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti.
Terdahulu, dalam ucapannya Mahdzir berkata kementerian memperuntukkan RM5 juta tahun ini untuk diagihkan kepada pelajar miskin di bawah Projek Khas SBP dan ia memberi manfaat kepada 36,000 pelajar.
Bagi SBP di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, sejumlah RM401,564 telah diagihkan kepada 906 murid miskin bagi meringankan beban ibu bapa murid berkenaan untuk membiayai perbelanjaan pelajar, katanya.
Beliau turut mengumumkan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.67 juta kepada 69 SBP yang terlibat, selain menyumbang RM50,000 kepada Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu bagi tujuan penyelenggaraan sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2017
Mahdzir beramah mesra dengan sebahagian pelajar sekolah ketika mengadakan lawatan khas ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jitra, sempena satu Majlis Pensijilan GMP hari ini, 2 April, 2017. --fotoBERNAMA
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
Khidmat kontraktor BMB terlibat kes keracunan makanan tamat serta-merta
Ia merupakan satu daripada tiga penambahbaikan skop dan spesifikasi bagi kontrak BMB yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.