Penafian itu dibuat menerusi laman twitter dan Facebooknya.
Susulan penyebaran meluas kenyataan yang bertajuk 'Notis Perobohan Kuil Batu Cave' di media sosial itu, pihak polis katanya sedang melakukan satu siasatan bagi mengenal pasti pihak yang menyebarkannya .
Pihak polis juga kini sedang memburu indivividu yang memalsukan kenyataan itu.
Kenyataan palsu itu antara lain menyebut satu notis merobohkan kuil Batu Caves telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Tambah kenyataan itu lagi, tapak itu telah diambil alih oleh pihak kerajaan bagi tujuan pembinaan 'bandar raya'.
Sehubungan itu pihak berwajib diarah mengosongkan tapak kuil manakala orang awam pula diminta tidak mengunjungi kawasan itu bermula 2 Mei.
Kononnya bagi tujuan kerja-kerja perobohan kuil.
Kenyataan akhbar palsu oleh PDRM yang disebarkan di media sosial. - Sumber Facebook