PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd mendapat kebenaran merayu untuk menuntut kos daripada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas saman fitnah oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu terhadap mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.
Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan permohonan Khalid dan portal video KiniTV dalam prosiding dalam talian hari ini.
Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S. Nantha Balan dan hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Lim Chong Fong memutuskan terdapat merit dalam permohonan tersebut.
Peguam Datuk Sankara Narayan dan K. Shamuga, masing-masing mewakili Khalid dan KiniTV, ketika dihubungi oleh Bernama, mengesahkan bahawa mahkamah telah memberikan kebenaran untuk merayu kepada anak guam mereka.
Bagaimanapun, seorang lagi peguam Khalid, Jaden Phoon Wai Ken, menghadiri prosiding hari ini.
Menurut Sankara, peguam Tajuddin, Muzzammil Merican, yang menghadiri prosiding tersebut, tidak membantah permohonan oleh Khalid dan KiniTV.
Susulan keputusan tersebut, Shanmuga berkata Khalid dan KiniTV mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.
Bagaimanapun, menurutnya, syarikat akhbar The New Starits Times Press (M) Berhad, yang turut dinamakan dalam saman Tajuddin itu, tidak memfailkan permohonan kebenaran merayu untuk menuntut kos.
Sementara itu, seorang lagi peguam Tajuddin, Datuk Hasnal Rezua Merican, ketika dihubungi, berkata anak guamnya tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnahnya pada 22 Feb lalu.
Saman fitnah itu ditolak tanpa sebarang sebarang perintah mengenai kos.
Pada 26 April, 2017, Tajuddin memfailkan samanh dengan mendakwa Khalid mengeluarkan dua kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 November 2016.
Tajuddin mendakwa, kenyataan pertama Khalid diterbitkan NST melalui artikel bertajuk 'Fury over Deputy Minister's Remark' pada 22 November 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 November tahun sama.
Tajuddin mendakwa kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di YouTube yang boleh diakses oleh orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan permohonan Khalid dan portal video KiniTV dalam prosiding dalam talian hari ini. - Gambar fail/ Astro AWANI
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.
PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad
Pentas debat Wilayah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Siswa, Arus Anak Muda dan disokong oleh Undi 18 dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam esok di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu.
PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Amanah berpandangan Khalid merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di Titiwangsa.
PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa
Pencalonan itu satu pengorbanan luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal lepas.
Habuan lumayan menanti KL City
Ia bagi menyuntik motivasi pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb Sabtu ini.
Saman fitnah: Khalid Samad gagal dapat kebenaran merayu
Mahkamah mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.