HABUAN wang tunai lumayan menanti para pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) sekiranya skuad warga kota itu berjaya memastikan kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak (AFC) 2022 berada dalam kabinet kelab Liga Super tersebut musim ini.
Itu jaminan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad bagi menyuntik motivasi dalam kalangan pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
“Kita faham gaji para pemain KL City bukan yang tertinggi, tapi kita tetap menyediakan insentif buat pemain berdasarkan pencapaian dan prestasi serta setiap kemenangan diraih.
“Kita faham dan akan imbangi bonus kemenangan pada setiap perlawanan. Sebelum ini para pemain KL City mendapat bonus ketika menjuarai Piala Malaysia, begitu juga sekiranya mereka berjaya memenangi Piala AFC.
“Jumlah itu kita akan umumkan kemudian, namun paling penting para pemain perlu mempamerkan aksi yang terbaik di padang pada perlawanan akhir itu nanti,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat KLFA, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.
The City Boys mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekali gus berpeluang mengulangi pencapaian Johor Darul Ta'zim (JDT) pada edisi 2015 sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard ketika ditanya berkenaan persiapan venue perlawanan akhir berkata, semua berjalan dengan baik termasuk aspek keselamatan pada hari perlawanan.
“Saya tahu sekarang ini merupakan musim tengkujuh jadi kita tidak boleh agak cuaca pada hari perlawanan.
“Tetapi kita sudah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan keadaan padang berada pada tahap yang baik seperti tidak mengadakan latihan di venue pertandingan sehari sebelum perlawanan.
“Kami juga akan memastikan keselamatan para penonton dan penyokong dalam keadaan selamat pada hari perlawanan dan tiada isu penyokong casual akan berlaku di venue nanti,” ujar Stanley. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022

KL City akan menentang Al Seeb perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. - Foto Sinar Harian
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.

Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.

Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.

PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.

PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad
Pentas debat Wilayah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Siswa, Arus Anak Muda dan disokong oleh Undi 18 dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam esok di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu.

PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Amanah berpandangan Khalid merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di Titiwangsa.

PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa
Pencalonan itu satu pengorbanan luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal lepas.

Habuan lumayan menanti KL City
Ia bagi menyuntik motivasi pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb Sabtu ini.

Saman fitnah: Khalid Samad gagal dapat kebenaran merayu
Mahkamah mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.