Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penaung Jawatankuasa Pendukung AW (JPAW) Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata Khairy menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang dilantik sebagai penasihat JPAW.
"Khairy telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di atas perkenan baginda. Pelantikan Khairy sebagai Komander Rejimen 508 AW yang baharu telah dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran latihan AW 2014 di sini, hari ini.
Selain Khairy, turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan Panglima 1 Briged Brig. Jen Datuk Adnan Abu Bakar.
Mohamad berkata pelantikan Khairy itu satu kebanggaan dan Rejimen 508 AW turut mengalu-alukannya.
"Saya yakin di bawah kepimpinan dan kewibawaan Khairy, Rejimen 508 AW akan bertambah gah dan maju serta dapat menarik lebih ramai lagi anak muda menyertai Rejimen 508 AW.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Komander Rejimen 508 AW Datuk Shahrom yang telah lama dengan kita. Di atas dedikasi beliau, Rejimen 508 AW telah dapat menunjukkan kewibawaan kita sebagai anggota rejimen sukarelawan yang dapat membantu Angkatan Tentera Malaysia, baik dalam apa jua keadaan," katanya.
Beliau berharap Rejimen 508 AW di bawah kepimpinan Khairy akan dapat bergerak dengan lebih mantap lagi.
Mohamad juga mengalu-alukan penubuhan platun perkhidmatan awam supaya lebih ramai lagi anggota perkhidmatan awam di negeri ini menceburkan diri dalam Rejimen 508 AW.
Sementara itu, Khairy berkata pelbagai rancangan sedang diatur dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.
"Dalam masa sama, saya akan menggalakkan lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai Rejimen 508 AW," katanya.
Bernama
Sun Feb 16 2014

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar
ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini.

PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.

Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.

Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.

Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir
Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.