ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini. Pendedahan kepada pelajar agar lebih berani berkomunikasi dan berdiri di hadapan orang ramai amat penting kerana mereka memerlukan keyakinan dan penumpuan dalam mengaplikasikan tindakan spontan menjawab pertanyaan.
Proses pembelajaran bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik semata-mata. Malah pembentukan jati diri amat penting di mana pelajar-pelajar hendaklah dilatih supaya mempunyai sifat bertanggungjawab dengan disiplin yang tinggi. Program-program dilaksanakan perlu diperhebatkan dan dimantapkan dari semasa ke semasa supaya keperluan dan masalah semasa dapat ditangani secara berkesan. Program pasukan berpakaian seragam berjaya menjana jati diri pelajar dengan mendedahkan dan mempraktikan ilmu kepimpinan dan komunikasi secara berkesan.
Seterusnya, mengenali dan memahami visi dan misi Askar Wataniah amat penting bagi memastikan setiap anggotanya memahami kehendak Askar Wataniah. Visi bagi Askar Wataniah ialah membangun Askar Wataniah yang seimbang dari segi jasmani dan rohani serta mencapai nisbah 1:1 dengan Angkatan Tetap manakala misi Askar Wataniah ialah untuk membantu ganti Angkatan Tetap semasa perang, darurat dan melaksanakan operasi ketenteraan selain peperangan.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Pasukan 509 Askar Wataniah bagi mendukung visi dan misi Askar Wataniah ialah Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) yang telah dilaksanakan selama sebulan bagi setiap tahun. Elemen kursus ini melibatkan empat komponen utama iaitu teori medan perang, kawad kaki, pengendalian senjata dan latihan medan yang secara jelasnya memberi pengalaman baharu sebagai anggota tentera. Mental penuntut juga turut diuji sepanjang kursus berlangsung, iaitu mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan perlu sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Aktiviti lain yang telah di jalankan ialah MaLPTAAC, merupakan satu latihan yang memperlihatkan kekuatan ketenteraan di dalam sistem Politeknik Malaysia di samping boleh digunakan sebagai membantu mencapai matlamat kerajaan bagi memperkukuhkan kekuatan anggota dalam pasukan simpanan. MaLPTAAC juga dilihat sebagai satu ruang penglibatan maksima pelajar dan kakitangan dalam pasukan simpanan.
Setiap siri latihan berjaya menggabungkan kerjasama antara dua elemen utama iaitu Politeknik Malaysia dan Rejimen Siri 509 Askar Wataniah. Kerjasama erat dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dijalin oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahan Malaysia. MaLPTAAC telah berjaya mencipta namanya yang tersendiri di peringkat nasional dengan konsep latihan yang disusun atur bersesuaian dengan keperluan anggotanya di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). MaLPTAAC juga dikesan telah memberikan satu suntikan semangat kepada pelajar Politeknik Malaysia untuk menyumbang tenaga dan khidmat demi keselamatan negara apabila penyertaan pelajar ke dalam Angkatan Askar Wataniah bertambah setiap tahun.
Secara kesimpulannya, program pasukan berpakaian seragam khasnya Askar Wataniah mampu menggalakkan para pelajar dalam membina kemahiran insaniah mereka sebelum mereka menceburi dunia pekerjaan. Secara amnya, perkara ini selari dengan slogan yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Malaysia Madani.
Farah Wahida Rabu
Pensyarah,
Jabatan Perdagangan,
Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan,
Politeknik Seberang Perai
Kenyataan Media
Tue Nov 07 2023

Program pasukan berpakaian seragam berjaya menjana jati diri pelajar dengan mendedahkan dan mempraktikan ilmu kepimpinan dan komunikasi secara berkesan.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar
ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini.

PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.

Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.

Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.

Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir
Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.