KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka mengadakan pertemuan dengan pemain penting dalam industri kanabis dan ketum di Thailand semasa lawatan kerja bilateral kesihatan ke negara itu bermula hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa di Thailand, Khairy akan turut mengunjungi Cannabis Land bagi melihat kaedah penanaman di dalam dan luar premis, rumah hijau dan bilik pengeringan.
Kunjungan Khairy ke negara jiran itu bagi memenuhi jemputan rakan sejawatannya, Anutin Charnvirakul yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand.
"Dalam rangka lawatan kerja rasmi tersebut, beliau akan membuat lawatan ke Pejabat Farmaseutikal Kerajaan (GPO) untuk diberikan taklimat mengenai dasar kanabis di negara itu termasuklah amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan di Thailand," kata KKM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam masa sama, Khairy dan delegasi juga akan melawat Bumrungrad International Hospital dan Institut Psikiatri Somdet Chaopraya bagi melihat perkhidmatan kesihatan mental dan kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Julai lalu, Khairy memaklumkan, satu rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu akan diumumkan.
"Melalui lawatan bilateral ini, KKM berpeluang meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta merangka strategi kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaannya," jelas KKM lagi.
Selain itu, lawatan itu juga akan membuka peluang kolaborasi peringkat antarabangsa untuk mana-mana entiti swasta atau penyelidikan menjalankan kajian dan ujian klinikal ke atas kanabis atau ketum, membangunkan inovasi perubatan dan seterusnya meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di Malaysia.
"Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelonggaran undang-undang dan membenarkan kanabis untuk digunakan bagi tujuan perubatan.
"Lawatan bilateral kesihatan ini juga akan menjadi platform terbaik KKM untuk pendedahan dan penelitian berhubung kajian-kajian antarabangsa berkaitan kanabis atau ketum termasuk hasil dapatan ujian-ujian klinikal kanabis untuk tujuan kesihatan," kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Khairy juga dijadual menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi (HLME) APEC pada Khamis sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
"Komitmen Malaysia memenuhi jemputan lawatan rasmi bilateral kesihatan berhubung penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan serta menghadiri mesyuarat HLMHE APEC membuktikan Malaysia adalah konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa," tambah KKM.
Astro Awani
Mon Aug 22 2022

Khairy Jamaluddin dijangka mengadakan pertemuan dengan pemain penting dalam industri kanabis dan ketum di Thailand semasa lawatan kerja bilateral kesihatan ke negara itu bermula hari ini. - Gambar fail

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.