KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan tindakan perundangan bagi mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana didakwa telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy, yang mengetuai pasukan Jabatan Peguam Negara (AGC) mewakili Idrus, berhujah bahawa tiada petunjuk bahawa bekas pemimpin UMNO itu mempunyai hak undang-undang tertentu atau kepentingan undang-undang yang nyata dan jelas dalam isu berkenaan.
"Malah, pemohon (Khairuddin) tidak menunjukkan bagaimana beliau terjejas dengan keputusan atau tindakan responden (Muhyiddin).
"Bagi mendapatkan satu pengisytiharan, pemohon perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai hak atau status undang-undang terhadap responden yang perlu dilindungi oleh perintah perisytiharan tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan perintah mandamus, pemohon perlu memenuhi syarat dalam Seksyen 44 Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137),” katanya.
Narkunavathy berhujah demikian bagi membantah permohonan kebenaran oleh Khairuddin untuk memulakan semakan kehakiman bagi memohon perintah mandamus untuk Idrus menasihati Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Narkunavathy berkata pemohon mesti menunjukkan dalam afidavitnya untuk menyokong permohonannya bahawa hak peribadinya akan terjejas oleh keputusan dan tindakan responden seperti yang didakwa.
Beliau berkata persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Khairuddin berhujah bahawa anak guamnya merupakan warganegara Malaysia serta pembayar cukai dan oleh itu beliau mempunyai kepentingan yang sah dalam hal ehwal Malaysia.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Shahid menetapkan 27 April untuk keputusan mengenai sama ada akan membenarkan permohonan Khairuddin itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021

Narkunavathy berkata, persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa. - Foto Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.

Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.

Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.

Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.

Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.

Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.

Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.

Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.