KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ialah pencetus kepada pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, 54, yang mewakili Khairuddin selaku plaintif berkata, tanpa usaha dan keberanian plaintif untuk melaporkan isu skandal 1MDB di Malaysia pada 12 Disember 2014, ia tidak akan memudahkan usaha pihak berkuasa kepada penyelesaian skandal 1MDB itu.
"Pendedahan itu menjurus kepada tindakan jenayah terhadap pihak-pihak terbabit yang masih wujud di mahkamah sama ada selepas sabitan dan hukuman mahu pun yang masih menanti rayuan atau penyelesaian perbicaraan," katanya ketika membacakan penyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan kes saman Khairuddin terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tujuh individu lagi, berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Peguam itu berkata, plaintif membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2014, disusuli kewujudan jawatankuasa tindakan khas membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Khalid pada 15 Januari 2015, namun tiada tindakan efektif berlaku secara tepat pada masa itu.
"Pada 27 Julai 2015, negara melihat pemecatan Abdul Gani dan pengkhianatan oleh salah seorang dalam 'special task force' yang mengakibatkan usaha pendedahan 1MDB terbantut pada ketika itu.
"Plaintif kemudian terus ke negara Eropah untuk melaporkan isu 1MDB dalam bidang kuasa yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat 1MDB. Antaranya England, Perancis dan Switzerland.
"Akibat daripada usaha ini, negara kita dapat melihat bagaimana tindakan-tindakan susulan diambil oleh pihak penguat kuasa di negara lain seperti Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, England, Switzerland, Luxemborg, Singapura sehingga pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan, sementara beberapa yang lain masih menghadapi keadilan," katanya.
Mohamed Haniff mendakwa sekembalinya Khairuddin dari luar negara, seluruh jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri pada ketika itu, (Datuk Seri Najib Razak) dikerah dan dipergunakan untuk menahan dan menangkap plaintif.
"Dengan penangkapan itu menyebabkan plaintif kehilangan kebebasan mulai 18 September 2015 dan tindakan yang perlu diambil di mahkamah diambil oleh plaintif sehingga beliau memperoleh pelepasan daripada tahanan SOSMA pada 18 November 2015 dan pembebasan serta pelepasan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 124 (1) Kanun Keseksaan pada 12 Mei 2017," katanya.
Mohamed Haniff berkata, plaintif berhak kepada satu taksiran ganti rugi yang melambangkan kesalahan tahanan dan pendakwaan yang didakwa melanggar undang-undang dan Perlembagaan.
Sementara itu, semasa membacakan penyataan saksi, Mohamed Haniff yang juga saksi kedua plaintif berkata, Khairuddin masih belum membayar wang guaman tertunggak kepada firma guamannya, Haniff Khatri berjumlah RM795,000 berhubung perkhidmatan yang dijalankan firma itu yang mengendalikan kes dihadapi Khairuddin pada 2015 di bawah SOSMA.
"Sejak mengendalikan semua fail plaintif pada 18 September 2015 hingga tarikh penyerahan bil itu (bayaran guaman) pada 23 Jun 2017, plaintif belum membayar mana-mana bahagian daripada bil itu sehingga kini dan beliau juga sedar bahawa jumlah bayaran yang telah dipersetujui adalah bayaran guaman terhutang yang perlu dijelaskan kepada firma saya," katanya yang turut memaklumkan plaintif akan menjelaskan bayaran itu dari semasa ke semasa apabila memperoleh pendapatan.
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman itu terhadap Asisten Superintenden Wan Aeidil Wan Abdullah dan Asisten Superintenden C Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Superintenden Habibi Majinji dan Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.
Turut dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan ialah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud; Peguam Kanan Persekutuan, Awang Armadajaya Awang Mahmud; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Kerajaan Malaysia.
Khairuddin mendakwa beliau ditahan pihak berkuasa pada 18 September 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan pada 23 September tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini, mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba melakukan sabotaj, pada perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Secara keseluruhan, plaintif ditahan selama 60 hari di penjara Sungai Buloh dan pada 12 Mei 2017, mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadap plaintif dan Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.
Plaintif mendakwa tindakan semua defendan menahan dan mendakwanya di mahkamah dilakukan dengan niat jahat dan melanggar hak kebebasannya, mengikut Perlembagaan Persekutuan, selain mendakwa reputasi dan imejnya sebagai ahli politik terjejas.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon bersambung esok dan Khairuddin dijangka memberi keterangan.
– BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021
![Khairuddin pencetus pendedahan skandal 1MDB - Peguam Khairuddin pencetus pendedahan skandal 1MDB - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619426932_KHAIRUDDINABU.jpg)
Mahkamah Tinggi diberitahu Khairuddin ialah pencetus kepada pendedahan skandal 1MDB. - Gambar fail
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718097764_FahmiFadzil.jpg)
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680061897_TBJHOLOW.jpg)
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
![Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716984836_NurAidaArifin.jpg)
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
![Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068377_NajibRazak.jpg)
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.