KUALA LUMPUR: Orang awam sama sekali tidak terlibat dalam Kerangka Kawal Selia Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.


Ringkasan AI
  • Kerangka Kawal Selia Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 dan terpakai kepada penyedia perkhidmatan dengan lebih 8 juta pengguna di Malaysia.
  • Penyedia perkhidmatan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (C) dan mematuhi undang-undang Malaysia termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta membantu mencegah jenayah siber.
  • Mereka yang gagal mematuhi peraturan selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.


Kerangka ini terpakai kepada penyedia perkhidmatan dengan lebih 8 juta pengguna di Malaysia, seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan WhatsApp, yang mana mereka perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (C) dan memenuhi syarat-syarat pelesenan.

Penyedia perkhidmatan diberi tempoh selama lima bulan dari 1 Ogos 2024 sehingga 1 Januari 2025, selepas itu mereka perlu mematuhi undang-undang Malaysia termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membantu pihak berkuasa mencegah jenayah siber.

Mereka juga perlu memastikan platform mereka dilindungi daripada kemudaratan dalam talian dan mematuhi panduan keselamatan kanak-kanak serta melaksanakan langkah perlindungan data.

Mereka yang gagal memohon lesen atau mematuhi peraturan selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga berhak mengambil tindakan seperti memberi amaran, mengenakan penalti, atau menyekat platform jika berlaku pelanggaran serius.

Menurut SKMM, antara tahun 2019 dan 2023, kes penipuan dalam talian naik dua kali ganda.

Begitu juga risiko eksploitasi seksual kanak-kanak, buli siber, dan judi haram, semuanya saban tahun meningkat.

Itulah sebabnya kerajaan mewajibkan semua penyedia platform media sosial di negara ini mendapatkan, bagi mempertingkat keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan di jagat maya.