Beliau berkata bagaimanapun bagi remaja berumur 16 dan 17 tahun, mereka yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu turut akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan data baharu pada 16 Jun yang dilihat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengandungi suntikan untuk golongan itu.
"Jadi NPRA telah meluluskan tetapi untuk pelaksanaan bergantung kepada keutamaan ialah mereka berumur 12 tahun ke atas kalau ada penyakit-penyakit lain contoh kanser darah.
"Untuk 16 dan 17 tahun, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang ada penyakit yang dikenal pasti sebelum diberi vaksin manakala mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan," katanya.
Beliau berkata pada peringkat awal, Pfizer mengemukakan kepada NPRA cadangan iaitu golongan umur 16 tahun ke atas divaksinasi, tetapi data untuk golongan umur itu tidak kukuh apabila mereka menggunakan ekstrapolasi daripada usia dewasa.
Dr Noor Hisham berkata bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu data terkini.
BACA: Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy
BACA: COVID-19: Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka
BACA: COVID-19: UK tawar vaksin kepada remaja 16, 17 tahun
Sumber Facebook DGHisham
-- BERNAMA