PUTRAJAYA: Berdasarkan 451 laporan berhubung kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 yang selesai disiasat dan dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK), didapati tiada kes kematian yang dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin diterima.
Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani berkata dapatan itu adalah sebahagian daripada 607 laporan AEFI serius yang diterima melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19, dengan 156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh JFK.
"Semua laporan AEFI serius yang diterima memerlukan penyiasatan lengkap dan penilaian terperinci sebelum hubung kait kesan yang dilaporkan dan vaksin yang diterima dapat ditentukan," katanya dalam taklimat bersama media mengenai AEFI vaksin COVID-19 secara maya, hari ini.
Dr Roshayati berkata sistem pelaporan AEFI NPRA secara keseluruhan telah menerima sejumlah 25,746 laporan AEFI vaksin COVID-19, termasuk 1,411 laporan melibatkan penerima dos penggalak dan 182 laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Katanya hasil penilaian ke atas laporan yang diterima, 93 peratus atau 23,957 daripada AEFI yang dilaporkan adalah bagi kes yang tidak serius serta kerap dilaporkan seperti demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot yang pulih dalam masa satu hingga dua hari.
Mengenai kesan AEFI bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendapatkan suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), Dr Roshayati berkata terdapat enam kes serius membabitkan golongan itu yang direkodkan setakat 6 Mac lepas.
Beliau berkata lima kes telah dimasukkan ke wad untuk rawatan, manakala satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Bagi kes BID, katanya ia masih dalam siasatan memandangkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu mempunyai sejarah penyakit sedia ada.
"Jadi laporan lengkap berhubung kes ini belum diterima dan kita akan memaklumkan perkembangan sebaik menerima laporan," katanya.
Sehingga kini 1.09 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sejak PICKids bermula pada 3 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Dapatan itu adalah sebahagian daripada 607 laporan AEFI serius yang diterima melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19. - Gambar fail

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

51 daripada 984 laporan AEFI dos penggalak diklasifikasi sebagai serius - KP Kesihatan
Sebanyak 51 kes (5.2 peratus) daripada 984 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) bagi dos penggalak vaksin COVID-19, diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Jan.

COVID-19: Dakwaan lima remaja maut selepas divaksin, ini jawapan KKM
KKM telah menjalankan siasatan terhadap kenyataan seorang aktivis dalam satu video yang tular di media sosial yang mendakwa lima orang remaja meninggal dunia selepas menerima vaksin COVID-19.