Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan keutamaan tetap diberikan kepada warga tempatan bagi menghadiri solat berjemaah dan Jumaat di masjid dan surau.
Menurutnya pihaknya perlu meneliti pelbagai perkara sebelum memuktamadkan untuk membenarkan warganegara asing mendirikan solat jemaah di rumah ibadat itu.
"Setiap laporan dan data kami akan teliti. Sebarang kekurangan kami akan baiki dan ini akan ambil masa. Mungkin sebulan atau dua bulan.
"Apabila keadaan sudah stabil, kami akan benarkan mereka melakukan ibadat (di masjid)," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Cuci-Cuci Masjid Pasca Covid-19 dan penyampaian bantuan dana Tabung Musaadah Covid-19 di Desa Petaling dekat sini, hari ini.
Ketika ini kerajaan membenarkan warga tempatan untuk solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan surau dalam skala lebih besar dengan memaksimumkan setiap ruang namun tetap menepati amalan jarakan sosial.
"Langkah seterusnya...kami mengizinkan mengikut apa yang difatwakan, untuk surau-surau biasa mengadakan solat Jumaat dengan syarat mereka minta kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pejabat mufti supaya ia boleh dipantau sebaik mungkin," katanya.
Mengenai tabung Musaadah Covid-19 yang terbuka kepada semua golongan, Zulkifli menjelaskan setakat ini hampir RM200 juta dana itu telah disalurkan kepada penerima layak.
"Maknanya, apabila kami mengumumkan (dana sumbangan sebagai umum untuk semua), ia terbuka kepada sesiapa yang layak. Muslim, bukan Muslim, Orang Asli, sekolah-sekolah yang menghadapi kesukaran dan nelayan," tambahnya.
Menurut Zulkifli, yang penting bantuan itu sampai kepada sasaran dan boleh dimanfaatkan.
Seramai 20 orang termasuk 10 individu bukan Muslim menerima bantuan tabung Musaadah Covid-19 pada Program Cuci-Cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musaadah Covid-19 hari ini.
Acara anjuran Bahagian Khidmat Bakti Al Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jawi dan Masjid Al Khasyi'in selaku tuan rumah, merupakan perintis kepada pembukaan semula masjid dan surau di seluruh negara selepas menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan yang menyaksikan orang awam tidak dapat mengimarahkan masjid dan surau demi membendung jangkitan Covid-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 07 2020
Zulkifli menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Khasyi'in Mustapha Abdullah (kanan) ketika program di Masjid Al-Khasyi'in, 7 Julai, 2020. Turut hadir, Yang Dipertua Yadim Nik Omar Nik Ab Aziz (kiri). --fotoBERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.